Awal minggu ini kecoh di media sosial isu kelewatan penerbangan yang disebabkan oleh penjadualan semula waktu penerbangan sehingga membebankan penumpang.
Namun di sebalik isu itu, terdapat satu rakaman video yang tular di media sosial yang mencuri tumpuan warganet.
Ini berikutan tindakan seorang wanita yang berkhidmat sebagai pramugari yang menjelaskan kepada penumpang warga asing yang keliru dengan polisi penerbangan syarikat terbabit.
Dia yang pelik dengan tindakan seorang penumpang warga Bangladesh yang tidak menjamah makanan yang disediakan semasa penerbangan bertindak bertanya.
Rupanya penumpang warga Bangladesh itu ‘takut’ untuk menjamah makanan kerana bimbang bakal dikenakan bayaran.
Selepas dia menjelaskan kepada penumpang tersebut mengenai polisi makanan di dalam penerbangan, penumpang warga Bangladesh itu terus menjamah hidangan yang disediakan.
Jelas wanita tersebut, makanan yang dihidang di dalam penerbangan itu sudah termasuk dalam harga tiket dan penumpang tidak perlu membayar secara berasingan.
VIDEO:
Pramugari MAS sangat baik
Melihat komen warganet di perkongsian tersebut, rata-rata memberi pujian kepada pramugari tersebut selain berasa kagum dengan kebaikannya yang melayan semua penumpang sama sahaja.
Sumber: amely933 via Oh Bulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.