Orang ramai kembali membanjiri lokasi tumpuan bagi menunggu detik 12 tengah malam, sekali gus menyemarakkan lagi sambutan Ambang Merdeka di seluruh negara tahun ini.
Di TERENGGANU, sambutan malam Ambang Merdeka di Kuala Terengganu dimulakan dengan forum agama bertajuk ‘Merdeka Jiwa, Sejahtera Ummah’ yang menampilkan bekas Mufti Negeri Terengganu, Datuk Zulkifly Muda dan personaliti dakwah, Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, sebagai ahli panel.
Program yang turut dihadiri beberapa anggota exco kerajaan negeri di Dataran Muara Utara KTCC di sini, diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada kumpulan nasyid, artis-artis tempatan dan kumpulan kesenian Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu serta deklamasi sajak oleh penggiat seni sastera.
Sebelum ‘countdown’, berlangsung perarakan membawa Jalur Gemilang oleh pasukan Askar Wataniah ke pentas utama, manakala upacara menaikkan bendera disempurnakan oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kemuncak program ialah pertunjukan bunga api yang memenuhi ruang angkasa dataran berkenaan.
Deretan trak yang menjual pelbagai jenis makanan turut memeriahkan kawasan sambutan itu dan lebih 10,000 pengunjung yang hadir berpeluang menikmati juadah mereka sambil menyaksikan acara-acara pada malam ini.
Anggota Bomba keluar baris untuk bergambar dengan Ust Azhar Idrus
Memang tak disangka, anggota anggota bomba yang sedang membuat perarakan sanggup keluar baris semata mata nampak Ustaz Azhar Idrus.
Anggota bomba tersebut berhenti kerana ingin mengambil gambar bersama Ust Azhar Idrus.
Video:
Memang terbaik ..