FILEM seram Indonesia KKN di Desa Penari meraih kejayaan luar biasa di bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia dan Singapura.
Filem ini mendapat perhatian selepas didakwa ia adalah kisah benar daripada bebenang Twitter yang diceritakan oleh akaun @simpleman sekitar tahun 2019.
Kisah tersebut dikatakan kisah benar yang terjadi kepada enam pelajar yang sedang menjalani tugasan universiti di sebuah perkampungan pada tahun 2009.
Enam pelajar itu adalah Ayu, Nur, Widya, Wahyu, Bima, dan Anton.
Desa yang dipilih pelajar itu ternyata menyimpan banyak misteri sehingga mereka harus mematuhi arahan.
Pelajar tersebut kemudian mengalami pelbagai kejadian seram kerana ada pelajar yang melanggar peraturan.
Bagaimanapun, difahamkan lokasi sebenar latar cerita telah ditukar kepada nama Desa Penari.
Sebelum ini cerita KKN di Desa Penari itu viral di media sosial pada tahun 2019 hingga trending.
Kemudian, MD Pictures tartarik untuk memfilemkan cerita berkenaan yang akhirnya dibintangi Tissa Biani sebagai Nur, Adinda Thomas sebagai Widya, Aghniny Haque sebagai Ayu, Ahmad Megantara sebagai Bima, serta Calvin Jeremy sebagai Anton.
Filem yang diarahkan oleh Awj Suryadi ini pada awalnya dirancang untuk ditayangkan pada Mac 2020 namun tertunda kerana pandemik Covid-19.
Kena Rasuk Selepas Lihat Cerita KKN
Marketing ke atau memang betul? Rata rata netizen mengatakan ini semua teknik marketing tetapi ramai juga yang mengatakan ianya betul berlaku.
Satu video tular di media sosial tentang seorang individu yang seperti kerasukkan selepas menonton filem tersebut.
Kejadian itu berlaku di Kuantan. Anda lihat dan nilaikan sendiri.
Komen netizen:
“Gimik untuk menunjukkan betapa seramnya filem tersebut. First time hantu berkeliaran di shopping mall”
“Senang jer nak tahu dia kena rasuk betul2 atau buat2,cuba tanggalkan seluar dia,kalau ngamok,bermakna dia sedar,kalau diam dan ketawa,bermakna dia betul2 dirasuk”
“Dalaman semua orang tak sama. Ada yang senang kena rasuk ada yang takkan kena rasuk. Kalau kita tak pernah kena tak bermakna orang lain pun sama. Zaman aku study dulu ada sorang kawan ni asyik kena rasuk je. Orang lain tak pun. So berhati2 la dalam mengata tu boleh jadi benda betul”
Sumber : MSTAR ONLINE / Video dari Metafora Anafora
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.