Rakaman Sedih Abang ‘Terpisah’ Dengan Halangan Kawad Berduri Di Sempadan Selangor Dan Perak

PERTEMUAN ‘istimewa’ antara dua individu di sempadan Selangor dan Perak yang dipisahkan dengan kawat duri di hari pertama Syawal semalam meruntun jiwa netizen selepas tular di media sosial.

Video Berada Di Bawah Artikel

Video yang dirakam seorang warganet Nur Adilah Abu Sien berdurasi satu minit 57 saat itu mendapat tontonan lebih 55,000 orang sehingga tengah hari ini.

‘Abang, adik’ terhalang kawat duri

Gambar daripada video pertemuan dua individu dipercayai di Hulu Selangor yang tular di media sosial. Foto Nur Adilah Abu Sien

Rakaman di sebuah jambatan dipercayai di sempadan Hulu Selangor dan Perak itu memaparkan seorang wanita cuba mengambil lemang daripada seorang lelaki dipercayai abangnya.

Wanita itu dirakam mencium tangan lelaki berkenaan sambil mengusap pipinya.

Lebih menyentuh jiwa, aksi itu dirakam ketika mereka dipisahkan dengan kawat duri yang dipasang pihak berkuasa bagi melarang orang ramai merentas negeri kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Nur Adilah turut meletakkan kapsyen pertemuan itu: “Terlerai jua kerinduan, walaupun dihalang oleh jejari besi”.

Netizen yang melihat video dengan latar belakang lagu raya popular dendangan Aishah, Pulanglah menitiskan air mata atas pertemuan keluarga berkenaan.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *