Rakaman Video Beberapa Penunggang Motorsikal Tiba Tiba Jatuh Tergelincir Atas Jalan Raya. Ini Kenyataan Dari Pihak Polis

Di media sosial tular satu video, yang menimbulkan kerisauan warganet apabila beberapa penunggang motosikal terbabas dan terjatuh.

Kejadian tersebut berlaku pagi tadi, di Jalan Kuching menghala ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Menerusi rakaman dashcam berdurasi kurang 50 saat itu, memaparkan empat penunggang motosikal yang ‘hilang kawalan’ akibat keadaan jalan itu sebelum terjatuh dan terbabas.

kejadian tersebut berpunca, akibat tumpahan minyak di kawasan itu. Mangsa ketika itu, dibantu oleh pengguna jalan raya yang lain yang turut berada di tempat kejadian.

Video tersebut secara tidak langsung membangkitkan kemarahan warganet yang risau jika situasi seumpama ini akan berlaku pada masa akan datang dan boleh meragut nyawa.

Belum ada laporan nahas akibat tumpahan minyak di Jalan Kuching

BEBERAPA penunggang motosikal dirakam terbabit nahas selepas hilang kawalan dipercayai akibat laluan licin pagi tadi

Polis belum menerima sebarang laporan berhubung kemalangan membabitkan beberapa penunggang motosikal yang dikatakan berpunca daripada tumpahan minyak di laluan Jalan Kuching arah ke pusat bandar raya, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya, berkata pihaknya masih belum menerima laporan daripada mana-mana berhubung kejadian itu.

“Perkara itu sudah disemak, didapati belum ada laporan diterima,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, satu rakaman video dipercayai rakaman daripada kamera ‘dashboard’ atau ‘dashcam’ sebuah kenderaan berhubung kejadian itu tersebar di media sosial, hari ini.

Menerusi tarikh dan rakaman yang tertera dalam rakaman video itu, kejadian dirakam pagi tadi kira-kira jam 9.22 pagi.

Dalam rakaman video berdurasi 47 saat itu, kelihatan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki yang berada di lorong tengah kelihatan hilang kawalan dipercayai akibat laluan yang licin sebelum terjatuh.

Menerusi rakaman itu juga, kelihatan sebuah lagi motosikal yang berada di hadapan motosikal terbabit turut terjatuh sebaik memintas dua lagi motosikal yang sudah terlebih dahulu terjatuh di lorong tengah.

Bagaimanapun, kesemua penunggang motosikal berkenaan terselamat dengan beberapa pengguna jalan raya lain memberhentikan kenderaan masing-masing dan membantu mereka.

Respon warganet

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan berhubung insiden tersebut. Malahan, ada komen yang seolah-olah ‘memerli’ pihak berkuasa hanya akan mengambil tindakan jika kemalangan yang berlaku melibatkan golongan kenamaan sahaja.

Tidak berakhir di situ, ada yang memberikan pendapat tumpahan minyak yang berlaku berpunca akibat penutup tangki diesel yang tidak ditutup dengan sebaik mungkin yang menyebabkan berlakunya tumpahan di atas jalan.

Sumber : BHARIAN ONLINE / OH BULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *