Rakaman Video Gelagat Kucing Seakan Merayu Mintak Makanan Mengundang Perasaan Sebak Orang Ramai

Seperti yang kita ketahui, kucing adalah sejenis haiwan peliharaan yang cukup terkenal kerana sifat manja serta rupanya yang comel.

Pun begitu, tidak semua kucing yang bernasib baik hidup dalam keadaan selesa di samping manusia tanpa perlu bersusah payah berlapar untuk mencari makanan.

Seperti yang dikongsikan oleh akaun Facebook Persatuan Haiwan Malaysia ini, terdapat video yang menunjukkan seekor kucing seolah-olah merayu menagih simpati kepada manusia untuk berkongsikan secebis sisa makanan kepadanya.

Video tersebut memaparkan gelagat kucing yang sedang berdiri menggunakan dua kaki belakangnya sambil menggoyangkan kaki hadapannya sambil mengiau seakan merayu sedang kelaparan.

Warganet yang menonton video tersebut berasa sebak serta sedih melihat gelagat kucing itu.Video yang berdurasi selama 29 saat itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini video berkenaan telah ditonton lebih dari 9 ribu kali oleh warganet.

Kucing merupakan haiwan yang comel dan termasuk dalam haiwan yang istimewa di dalam Islam sebab merupakan haiwan peliharaan Nabi Muhammad SAW yang sangat disayangi.

Ramai orang yang masih merasa takut untuk memelihara kucing kerana dikhuatiri membawa keburukan dalam kesihatan. Akan tetapi, semua makhluk yang diciptakan Allah di muka bumi ini tentunya mempunyai kegunaannya masing-masing sama seperti halnya dengan kucing.

Seseorang yang menyayangi haiwan seperti kucing dan haiwan lainnya termasuk haiwan sembelihan sekalipun, maka akan mendapatkan rahmat dari Allah SWT di hari kiamat nanti.

“Barangsiapa menyayangi meskipun terhadap hewan sembelihan, nescaya Allah akan merahmatinya pada Hari Kiamat.” (HR. Bukhari)

Mendapat keampunan dan redha Allah.Dari Syeikh Dr.Muhammad Luqman dalam kitab Adabul Mufrod ada menyebut jika setiap muslim memang sudah dianjurkan untuk selalu berbuat baik pada semua haiwan seperti kucing supaya mendapat ampunan dan juga redha dari Allah SWT.

Kredit: SiakapKeli & Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *