Rakaman Video Kata Kata Yasin Sulaiman Kepada YB Syed Saddiq Selepas Dia Mengaku Tidak Bersalah Tanam 17 Pokok G4njaa

KIRIM salam kepada Syed Saddiq. Demikian pesanan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman kepada wartawan ketika tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi Khamis.

Yasin adalah individu yang ditahan kerana mengusahakan ‘ladang mini’ tanaman gan ja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Penyanyi dan komposer itu akan didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Da dah berbah aya.

“Kirim salam pada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” kata Yasin kepada pihak media.

Sebelum ini mStar melaporkan kejayaan polis membongkar kegiatan komposer berkenaan menanam pokok gan ja di kediamannya di Kota Damansara.

Dalam serbuan pada 24 Mac lalu, polis menemui 17 pokok dalam pasu disyaki gan ja di salah sebuah bilik, balkoni rumah dan dalam almari baju.

Pokok ganja yang terdapat di rumah penyanyi nasyid.

17 pasu pokok gan ja ditemui di kediaman Yasin.

Polis turut menemui dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki gan ja seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan.

Rampasan itu dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya RM10,200.

VIDEO YASIN MINTA KIRIM SALAM PADA YB SYED SADDIQ

Suspek berusia 47 tahun itu didapati positif tetrahydro cannabinol dan mempunyai sejarah penglibatan da dah sekurang-kurangnya 10 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Da dah Berb ahaya 1952, sabit kesalahan boleh dihu kum gantung sampai ma ti man datori.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *