Kantoi Ketika Sedang Rakam Lelaki Kencing Dalam Tandas. Bila Mereka Tanya Kenapa Buat Kerja B0doh, Jawapan Yang Diberi Lagi Buat Org Marah

Tindakan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh mengintai dan merakam video di dalam tandas lelaki stesen minyak di Batu 3, Shah Alam, dekat sini, mengundang padah apabila ditahan polis, pagi kelmarin.

Dalam pada itu, pemuda berkenaan turut memberi alasan bahawa dirinya tidak sihat kerana demam dan baru lepas menerima suntikan vaksin.

‘Orang tengah buang air besar pun kau rakam’ “Asal? kau cucuk vaksin kena tengok orang buang air kecil lah?

Orang buang air besar pun kau rakam.

Takut dibawa ke balai polis, pemuda berkenaan cuba mendapatkan telefon bimbitnya semula, namun orang awam yang berada di situ menangani situasi tersebut dengan baik tanpa menggunakan kekerasan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pada 2.25 pagi, kaunter aduan Balai Polis Subang Jaya menerima aduan daripada seorang lelaki berhubung tangkapan awam di stesen minyak itu.

Menurutnya, anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya kemudian membuat tangkapan semula ke atas seorang lelaki berusia 37 tahun.

“Suspek ditahan orang awam yang hendak menggunakan tandas apabila didapati sedang merakam pengguna di tandas bersebelahan menggunakan telefon bimbitnya.

“Hasil pemeriksaan telefon bimbit suspek, didapati banyak rakaman video orang awam sedang membuang air kecil,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Abd Khalid berkata, suspek dibawa ke Balai Polis Subang Jaya untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihati supaya berhati-hati dan mematuhi undang-undang serta tidak berkelakuan melampaui batas.

VIDEO:

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *