Rakyat Sedang Mengeluh Dgn Harga Minyak Masak Mahal. Doktor Ini Beri 10 Tips Bagaimana Nak Jimat

Baru baru ini kecoh dimana kerajaan telah mengumumkan untuk pemansuhan subsidi minyak masak berbotol kecuali yang berpaket berat 1kg.

Walaupun pelaksanaan pemansuhan subsidi belum dijalankan lagi tetapi rata rata rakyat sudah mula mengeluh kerana ada penjual yang telah menaikkan harga melampau minyak masak.

Untuk minyak masak berpaket 1kg seperti satu barang yang sangat susah dijumpai.

Seorang doktor bernama Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook telah buat satu kenyataan tentang bagaimana cara untuk menggunakan minyak masak dengan sehabis baik.

Perkongsian dari doktor itu telah mendapat 5400 jumlah tanda suka dan melebihi 2 ribu perkongsian di Facebook.

Kuota tambahan 10,000 tan metrik minyak masak peket

Harga barangan dapur dah semakin meningkat, termasuk harga minyak masak. Jadi apakah yang boleh dilakukan sebagai langkah penjimatan?

1. Tukar menu gorengan kepada menu rebusan, singgang, renehan, atau stim. Selain lebih menjimatkan, ia juga lebih sihat.

2. Bakar atau panggang sebagai alternatif goreng. Ia gunakan minyak yang sedikit, tetapi masih boleh hasilkan makanan yang sedap.

3. Gunakan kuali kalis lekat(non-stick), untuk membolehkan anda membuat gorengan guna minyak yang sedikit (pan fry) tanpa lekat.

4. Boleh pertimbangkan untuk dapatkan “air fryer”. Harganya kini bermula sekitar RM150. Ini perlukan sedikit modal.

5. Jika “deep dry” makanan bersalut tepung, pastikan suhu minyak 180-190°C sebelum menggoreng untuk elak tepung menyerap minyak.

6. Jangan goreng makanan terlalu banyak dalam satu masa. Lebih banyak hendak digoreng serentak, lebih banyak minyak diperlukan.

7. Elak panaskan minyak sehingga terlalu panas kerana boleh merosakkan minyak dan menjadi ia tidak selamat untuk diulang guna.

8. Tak usah campurkan minyak baru kepada minyak lama. Ia akan mencemarkan minyak baru, dan memendekkan hayat selamatnya.

9. Tapis, sejukkan, dan simpan minyak yang hendak diulang guna di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada bahan terampai.

10. Menjual semula minyak masak terpakai untuk diproses menjadi biodiesel. Harga minyak masak terpakai adalah sekitar RM2-3/kg.

Dalam kita berjimat cermat dalam penggunaan minyak, kita masih perlu utamakan kesihatan. Elakkan terlalu banyak ulang guna minyak gorengan.

Apakah tanda-tanda minyak masak sudah tidak boleh digunakan lagi untuk ulang goreng?

◾️Warna bertukar perang pekat.

◾️Minyak menjadi lebih likat.

◾️Minyak berbau tengik.

◾️Banyak asap terhasil ketika dipanaskan.

◾️Warna makanan yang digoreng terlalu gelap.

◾️Rasa makanan yang digoreng tidak sedap.

Harap perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada semua.

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *