Ramai Juga Artis Kutuk Dia Tapi Aliff Ok Je Tapi Apa Yg Lelaki Ini Cakap Buat Aliff Marah Dan Arah Peguam Utk Teruskan Saman

Kuala Lumpur: Usahawan juga selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 35, bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu juga penyanyi yang memfitnah dirinya memondan dalam video muzik lagu Kelepok Raya.

Aliff Syukri berkata, kenyataan dimuat naik individu itu di media sosial dianggap keterlaluan.

“Dia tak patut kata macam tu. Tak kisah kalau dia nak kutuk suara saya, sebab sebelum ini pun ramai juga artis yang mengata saya.

Tapi saya okay dan tak kisah sebab tak membabitkan perkara sensitif. Namun, apabila dia menyentuh perkara lain dan petik nama, ia satu fitnah.

“Jadi, saya sudah serahkan perkara ini pada peguam. Saya nak saman dia RM1 juta. Biar pihak berwajib buat kerja,” katanya kepada Harian Metro.

Aliff Syukri berkata, tindakan individu itu adalah tidak wajar selain sengaja mahu memalukan dirinya pada umum.

Amaran Aliff Syukri kepada individu tersebut sebelum dia mengambil keputusan untuk teruskan saman.

“Saya pakai baju Melayu dalam video muzik itu. Saya bukan berpakaian wanita. Jadi, sangat tak wajar dia cakap macam tu.

“Saya jenis tak suka cari gaduh dengan orang. Saya pun tak pernah kenal dia siapa,” katanya.

Artikel berkaitan Aliff Syukri

Jika dirujuk dengan artikel semalam cuma individu ini sahaja yang menggunakan ayat memondan dan ditujukan kepada Dato Aliff Syukri

Penerbit dan komposer lagu, Damian Mikhail, tampil bersuara berhubung kontroversi yang melibatkan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, berikutan video lagu raya terbaharu yang dikatakan mencolok mata dan bertentangan dengan budaya tempatan.

Perkara tersebut dikongsikan Damian yang juga ahli kumpulan terkenal V.E itu menerusi platform Facebook miliknya.

Menurut Damian, dia menyifatkan bahawa usahawan itu menghasilkan video sebegitu bukanlah untuk publisiti mahupun wang.

Malah dia menganggap ia hanya sekadar mahu ‘memondan’ dalam muzik video tersebut.

“Aku nampak motif si Alif Syukri sebenarnya bukan untuk publisiti mahupun wang. Dua-dua dia sudah ada dan boleh dapat dengan senang.

“Tujuan video ini dibuat satu sahaja. Fasal nak memondan. Itu sahaja. Coming out the closet macam itu,” katanya di Facebook.

Menerusi perkongsiannya di Instagram pula, Damian juga turut mempersoal mengapa usahawan berkenaan mempromosikan video sebegitu pada bulan mulia ini.

“Kau hendak memondan itu punya hal dengan Allah. Tetapi nak mempromosi perkara-perkara seperti itu masa Ramadan?” tulisnya.

Terbaharu di Instastory, dia memaklumkan hantarannya mengenai perkara tersebut telah disekat Facebook kerana ada segelintir pihak melapor hantaran tersebut.

“Nampaknya dia dan geng-geng sudah koyak rabak. Depa (mereka) ramai-ramai lapor hantaran aku. Kalau tidak betul, tidak perlu risau pun. Tak kan lah suruh ejen-ejen lapor hantaran saya sampai kena sekat,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE / UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *