Siapa yang menggunakan jalan LDP hari ini pasti akan rasa pelik kenapa jumlah kereta terlalu banyak terutama di lokasi Kelana Jaya.
Kereta penuh di tepi jalan dan kelihatan ramai orang berjalan kaki ke gedung membeli belah Paradigm Mall yang terletak di Kelana Jaya.
Rupanya semua ini berlaku kerana terdapat satu acara yang dipanggil Anime Fest. Disebabkan acara itu kesesakkan yang amat luarbiasa telah terjadi di LDP.
Anime Fest adalah salah satu acara ACG paling dinanti-nantikan di Malaysia, tetapi siapa sangka ia begitu popular sehingga menyebabkan kesesakan trafik besar-besaran.
Beberapa orang telah berkongsi imej dan posting tentang masalah trafik yang berlaku sekitar Paradigm, seperti yang anda boleh lihat di bawah:
Kesesakkan bukan hanya terjadi diluar Paradigm Mall tetapi di dalam juga. Jumlah pengunjung yang hadir amat ramai.
Ada yang mengadu kenapa event begini dibuat di tempat yang sempit.
Pihak Paradigm Mall telah tampil mengeluarkan kenyataan dengan apa yang terjadi hari ini ketika acara Anime Fest berlangsung.
LATEST ANNOUNCEMENT (14 MAY 2022, 4PM)
Dear Shoppers & Anime Fest Fans, thank you for coming to Paradigm PJ today.
We understand that the crowd respond for Anime Fest is fantastic, we would like to remind everyone to maintain SOP while enjoying the event. Our team will do our level best to manage the crowd and traffic in & surrounding the mall.
As our Car Park is now at 100% occupancy, we would like to advise other means of transport or suggest to drop by tomorrow or Monday (15 or 16 May 2022) to attend Anime Fest . For any Parking related matters, please feel free to head over to Concierge Counter, Level G.
Please be patient with each other and provide your support to our security & management staff.
Thank you for your kind cooperation and have a pleasant day.
Bagi mereka yang ingin pergi ke Anime Fest atau ada urusan sekitar Paradigm Mall, semoga tabah lah menghadapi kesesakan trafik di sana.
Bukan setakat kereta, dalam Paradigm Mall pun sesak orang sampai nak bergerak pun susah. Andai kata tiada urusan di sana, lebih baik korang rancang jalan supaya dapat elak trafik.
Kredit: Gamersantai
Artike: AwatttSyeikhh Network