Ramai Sedang Perkatakan ‘Kategori 3’ Diwujudkan Bagi Permohonan i-Sinar Yang Tidak Perlukan Dokumen, KWSP Tampil Beri Penjelasan Yang Betul

Ramai yang sudah mula memohon i-Sinar, keluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuka sebelum ini.Umum sedia maklum, semalam kerajaan telah membuka permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Kategori 2 kepada semua ahli yang terjejas pendapatan akibat penularan Covid-19.

Namun, kini dilihat ramai pihak tidak bertanggungjawab menunggu peluang untuk mengambil kesempatan atas kesulitan orang ramai!Jika sebelum ini pihak terbabit menawarkan pelbagai aplikasi atas talian pengeluaran wang akaun KWSP, kali ini modusnya berbeza pula.

Hari ini, tular di laman sosial foto iklan Permohonan i-Sinar Kategori 3 dibuka pada 13 Januari 2020.

Bagaimanapun, KWSP tampil mengesahkan itu adalah PALSU! Berwaspada dengan informasi berkenaan.

KWSP juga mengingatkan ahlinya, Permohonan i-Sinar Kategori 3 tidak pernah wujud.

“Dapatkan informasi sahih berkenaan i-Sinar yang dikemas kini dari semasa ke semasa melalui i-Sinar Online dan media sosial rasmi KWSP.

AWAS! Itu semua palsu dan merupakan sindiket licik pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menipu dan mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Sumber: SINAR+

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *