Pemilik sebuah kereta berjenama Toyota terpaksa meminta bantuan daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) apabila seekor ular sawa yang bersaiz besar berada di enjin keretanya di Petaling Jaya.
Tarik ular macam tarik tali
Menerusi video seorang pengguna Tiktok (@ceq86) yang dimuat naiknya, kelihatan anggota JPAM sedang berusaha menarik ular sawa keluar daripada enjin kereta yang membuatkan para netizen terhibur dengan cara mereka. Menurut warganet, cara anggota JPAM menarik ular sawa tersebut seperti tarik tali.
VIDE0
View this post on Instagram
Berikutan itu, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan cara anggota JPAM mengeluarkan ular sawa tersebut. Perkongsian video menerusi akaun pengguna Tiktok Ceq86 tersebut berjaya meraih 295, 700 jumlah tontonan setakat ini.
Netizen terhibur
Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia :
Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.
Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara.
Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.
Peranan Pertahanan Awam
Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)a Akta 221.
Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.
Sumber: Ceq86