Restoran Mamak Rosak Teruk Selepas Berlaku ‘Pertempuran’, Puncanya Buat Netizen Tepuk Dahi

Sejak semalam, tular di media sosial video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di sebuah restoran sekitar Taman Ehsan Saja, Pandamaran Klang yang dirakam oleh seorang pelanggan.

Dapat dilihat pada video itu, sekumpulan lelaki itu bertindak menarik seorang lelaki keluar dari restoran selepas pergaduhan berkenaan.

Difahamkan, punca pergaduhan disebabkan perebutan teman wanita sehingga menyebabkan seorang lelaki dipukul menggunakan kayu besbol.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizan yang kesal apabila berlakunya pergaduhan berkenaan di tempat awam serta kesihan kepada pemilik kedai kerana barangan seperti kerusi rosak akibat kekecohan tersebut.

Sementara itu, memetik Kosmo, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya telah menahan lapan lelaki berusia 14 hingga 21 tahun di kawasan Kapar dan daerah Klang.

“Berdasarkan pengakuan awal, kesemua suspek ditangkap mengaku terlibat dalam kes tersebut.

“Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perebutan teman wanita yang melibatkan pelajar sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, pihak polis tidak menolak kemungkinan wujud pengaruh unsur gangsterism atau kumpulan kongsi gelap kerana terdapat rakan mangsa dan suspek yang terdiri daripada lepasan sekolah.

SUMBER:GulaP0P

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *