Rider Hantar Makanan Jelaskan Perkara Sebenar Selepas Video Dia Kena Marah Dgn Pelanggan Tular. Laporan Polis Telah Dibuat

SEORANG penghantar makanan tidak menyangka perkongsian video dia dimarahi oleh pelanggan yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok menjadi tular dan meraih perhatian netizen.

Berkongsi punca insiden itu, Mohd Yusuf, 27, berkata ia berlaku kerana pelanggan tersebut telah memberikan maklumat yang salah mengenai lokasi penghantaran.

“Masa mula-mula dapat pesanan itu pelanggan tersalah menetapkan lokasi penghantaran, kemudian minta saya mencari pusat universiti di dalam pasaraya itu, saya pelik tapi tetap teruskan juga lakukan tugasan menghantar makanan.

“Malangnya apabila sudah tiba di lokasi rupanya pelanggan tersalah memberikan maklumat lokasi penghantaran… saya perlu menunggu selama sejam tapi bila hubungi pelanggan tersebut dia terus memarahi dan mengugut saya.

“Tujuan saya memuat naik video ini adalah untuk berkongsi nasib penghantar makanan yang teraniaya serta terkesan dengan sikap pelanggan kurang sopan seperti ini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Yusof memaklumkan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 13 September lalu.

“Saya sudah hubungi khidmat pelanggan dan mereka meminta saya untuk membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya berhubung kes ini,” ujarnya.

VIDEO:

SUmber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *