Rita Rudaini Tidak Puas Hati Bengang Dengan Fara Hanim Sebab Buat Andaian

Pelakon Rita Rudaini menempelak tindakan pengacara Fara Hanim Razak yang mendakwanya seorang ant1vaks1n dan menganggap Covid-19 adalah 1lumminati.

Terdahulu, Fara Hanim menerusi Twitter memuat naik hantaran ditulis, ‘Cuba teka jiran-jiran saya yang anti vaksin? Dua pelakon bermula dengan RR dan LL. Selalu duk sebar dakyah rebus bunga cengkih untuk elak Covid dan serta Covid adalah 1lumminati’.

Rita percaya RR yang dimaksudkan Fara Hanim itu adalah dirinya dan LL adalah pelakon, Lufya Omar atau Lufya Lanaa.

Rita berkata, tindakan pengacara berkenaan yang memuat naik ciapan sedemikian di Twitter adalah tidak matang.

“Nampak sangat tak bijak kerana pasal vaksin saja pun nak pandang serong dekat orang. Islam pula tu.

“Kalau macam ini tak boleh buat jiran. Suka cakap belakang, depan bukan main manis mulut. Belakang busuk juga ye.

“Tak payah tulis RR atau LL. Tulis saja nama apa salahnya kalau nak cari publisiti. Lepas ni naiklah pengikut awak ye,” tulisnya di Instagram.

Rita berkata, pengacara berkenaan sepatutnya datang bersemuka secara berdepan sekiranya tidak berpuas hati dengan individu-individu yang disebutkan.

“Beginikah sikap seorang muslimah. Datanglah jumpa depan-depan, bukan tak pernah sembang pun.

“Saya lagi lama duduk di kawasan ini, berjiran dengan Scha Alyahya dan Awal Ashaari serta Lufya. Tak pernah pula jumpa jiran macam ini. Elok je kami. Kalau tak puas hati datanglah berjumpa, kita orang Islam dan hidup berjiran. Apa masalah awak?

“Saya tak pernah tulis saya ant1vaks1n. Saya nak rebus rumput ke, itu saya punya pasal. Tak pernah kacau hidup orang pun,” katanya.

Sumber: HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *