RnR Bagan Ajam Ditutup Selama 2 Minggu. Sebab Kenapa Dijelaskan Oleh Pihak Polis

Tempat rekreasi di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, di sini, ditutup selama 14 hari, berkuat kuasa semalam.

Tindakan itu diambil berikutan orang ramai yang mengunjungi kawasan rekreasi berkenaan dikesan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ia hasil pemeriksaan mengejut dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kira-kira jam 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata hasil pemeriksaan mendapati pengunjung gagal mematuhi SOP apabila berkumpul dalam skala besar, selain tidak menjaga penjarakan fizikal dan tiada memakai pelitup muka.

“Susulan itu, polis bersama KKM dan MBSP bersetuju menutup kawasan rekreasi terbabit selama dua minggu, bermula hari ini (semalam).

Seramai 120 pengunjung turut dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mematuhi penjarakan fizikal, berkumpul dalam skala besar.

Seramai 120 pengunjung turut dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mematuhi penjarakan fizikal, berkumpul dalam skala besar.

“Bagaimanapun, R&R berkenaan termasuk kedai di situ, boleh terus beroperasi seperti biasa kerana pihak berkenaan mematuhi SOP,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Anggota Polis bertanyakan sesuatu kepada pengunjung semasa melakukan Ops Pematuhan COVID-19 di persisiran pantai kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam. - Foto BERNAMA

Anggota Polis bertanyakan sesuatu kepada pengunjung semasa melakukan Ops Pematuhan COVID-19 di persisiran pantai kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam. – Foto BERNAMA

Hasil operasi itu, Noorzainy berkata, seramai 120 pengunjung turut dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mematuhi penjarakan fizikal, selain berkumpul dalam skala besar.

Kawasan rekreasi di R&R itu sering menjadi tumpuan orang ramai, terutama pada hujung minggu, untuk beriadah berikutan ada kawasan pantai yang membolehkan pelbagai aktiviti dilakukan.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *