Rupanya Ada Salah Faham, Lelaki Yg Juga Bekas Suami Kepada Ibu Muda Yg Dibantu Ebit Lew Tampil Mohon Maaf

KISAH seorang wanita yang bekerja sebagai walker Foodpanda demi membesarkan seorang cahaya mata ternyata meruntun hati netizen.

Dikenali sebagai Emy, wanita berusia 23 tahun yang dikatakan sudah lama berpisah dengan suaminya turut bekerja sebagai pembantu restoran dan kini menetap di sebuah flat sekitar Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Selepas kisahnya tular di media sosial, aktivis kebajikan Ebit Lew turut menghadiahkannya sebuah motosikal untuk memudahkan urusan harian dalam mencari rezeki.

komen ysuku

Namun selepas kisah Emy semakin hangat menjadi bualan ramai serta mendapat liputan media, muncul seorang lelaki dikenali sebagai Fakhrul Rosli mendakwa dia merupakan suami wanita itu.

Menerusi ruangan komen di Instagram Ebit, Fakhrul memberitahu dia dan isterinya masih dalam proses di mahkamah dan meminta netizen mendoakan yang terbaik untuknya sekeluarga.

“Ya Allah ustaz… salah tu, bukan dah lama terpisah. Kami masih baik, masih contact sebab sama-sama uruskan anak sekarang.

“Duduk pun dekat-dekat cuma status kami masih dalam proses. InsyAllah esok mahkamah bagi keputusan. Jangan salah faham ya. Doakan kami tiga beranak,” tulis lelaki itu.

BEKAS SUAMI MOHON MAAF DENGAN APA YANG DIA TULIS SEBELUM INI

Menerusi akaun Instagram lelaki, dia telah memberitahu apa yang ditularkan tentang semua yang terjadi adalah content semata tidak benar.

Dia tampil memohon maaf kerana menyebabkan kekeliruan orang ramai.

Menerusi instagram itu juga dia telah beritahu bahawa dia dan Emy (ibu muda) telah sah bercerai hari ini di Mahkamah Syariah.

Harap penjelasan ini dapat meredakan apa yang berlaku. Ianya bukan content menurut dari Encik Fakhrul. 

Kita doakan agar Encik Fakhrul dan Emy dipermudahkan urusan pada masa depan dan dimurahkan rezeki. Mereka masih ada tanggungjawab untuk menjaga anak mereka.

Sumber : MSTAR ONLINE / IG Fakhrulrosli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *