Terkejut Adik Perempuan Sajat Bila Ada Wartawan Putar Ayat Dia. Rupanya Ini Kenyataan Sebenar Adik Sajat

Adik kepada Nur Sajat iaitu Nur Mustika merayu kepada semua pihak agar memberi satu lagi peluang buat usahawan kosmetik tersebut untuk menebus segala kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Ujar Mustika, Sajat seorang anak yang baik dan taat kepada kedua-dua orang tua mereka.

Harap diberi satu lagi peluang

Saya juga harap dia sempat diberi satu lagi peluang kerana sepanjang hidupnya, dia adalah seorang yang baik, anak yang patuh dan seorang yang taat.

Saya minta masyarakat dan sesiapa juga yang mengikuti perkembangan Ajad untuk mendoakan kebaikan untuk dirinya seperti mana kami sekeluarga mendoakan semua.

Memang ujian ini berat untuk saya dan keluarga, bagaimana perasaan kami ini hanya Allah SWT yang tahu.

Menerusi laporan Harian Metro, Mustika memberitahu bahawa mereka berdua sangat rapat dan kali terakhir mereka berjumpa antara satu sama lain pada bulan Februari yang lalu.

Sebagai adik, Mustika berharap Sajat kuat dan berjaya menempuh ujian hidup ini. Tambah Mustika, dia pernah memberi teguran terhadap Sajat ketika timbulnya pelbagai kontroversi sebelum ini.

Apapun saya boleh katakan, sebagai manusia, Ajad seorang yang baik, bertanggungjawab dan sangat suka membantu orang. Saya sendiri pun tak mampu buat seperti mana dia.

Sebab itu saya harap orang ramai tidak hanya menghukum atau melabel dia teruk dan sebagainya, sebaliknya beri dia dorongan dan semoga semua kesilapan sempat diperbetulkan.

Dapat tahu menerusi laporan media

Disoal mengenai kisah Nur Sajat yang ditahan di Thailand, Mustika berkata mereka hanya mengetahui berita tersebut menerusi laporan media pada hari Isnin yang lalu.

Jelasnya, mereka sekeluarga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan namun mempersoalkan kesahihan perkara itu.

VIDEO:

Sebelum ini bila dia ditahan, ada bukti gambar dan video, jadi mana buktinya? Saya juga menerima terlalu banyak pertanyaan mengenai keadaan dia namun saya tidak boleh komen kerana saya tidak tahu.

Sebagai adik, saya hanya mampu doakan dia. Sama ada dia balik (ke Malaysia) atau tak, saya sendiri tak tahu.

Terdahulu, misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat telah terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

ADIK SAJAT BERITAHU ADA WARTAWAN PUTAR AYAT DIA

Mustika, Adik Nur Sajat Secantik Kim Kardashian | Gempak

Selepas beberapa portal media memuatnaik kenyataan Mustika Kamaruzzaman tentang abang dia Nursajat atau nama terbaru Bella dia telah memberitahu apa yang dia cakap telah diputar belit media.

Menurut Mustika, disebabkan kenyataan dia untuk memberi Sajat satu lagi peluang mendapat pelbagai kecamann netizen.

“SAYA TAK SOKONG SAJAT” – MUSTIKA

Sumber : OH BULAN / Mustika (IG)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *