Ryan Bakery Dituduh Sombong Sejak Jadi Popular. Ini Respond Balas Ryan Tentang Kenyataan Itu

SEJAK kebelakangan ini, nama selebriti TikTok, Ryan Bakery mula mendapat perhatian peminat termasuk golongan selebriti yang terhibur dengan video dihasilkan di laman sosial tersebut.

Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27, berkata, dia berasa tersinggung dengan tuduhan itu namun menyifatkan ia sebagai lumrah memandangkan sudah terlibat dalam bidang seni.

Ryan 2

“Apabila ada yang mengatakan saya sombong, ada juga rasa tersinggung tetapi saya terbuka dan terima kerana setiap daripada kita mempunyai pandangan tersendiri.

“Lagipun sebagai manusia biasa, mustahil untuk kita puaskan hati semua orang. Saya terima sahaja apa pandangan mereka,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ryan menjelaskan populariti mendadak yang diraih tidak mengubah personalitinya sebagai seorang yang gemar berjenaka.

“Saya faham mereka hanya melihat apa disajikan di media sosial tetapi tidak mengenali saya secara peribadi. Melihat dan menilai itu mungkin hanya berdasarkan bahasa tubuh atau reaksi wajah.

“Sekiranya ada yang ingin tahu boleh sahaja datang menegur saya. Saya ini orangnya ‘masuk air’ dan ‘gila-gila’.

“Tiada sebab saya hendak bersikap sombong kerana pengikut di media sosial yang banyak memberi sokongan kepada saya. Tanpa mereka saya bukanlah siapa-siapa,” jelasnya.

Sementara itu, bercakap perkembangan kariernya sebagai pempengaruh media sosial, Ryan memberitahu dia bakal muncul dalam filem Hantu Kuat Ketawa arahan Mawi tidak lama lagi.

Ryan memberitahu buat masa ini dia hanya ingin fokus kepada tawaran filem kerana tempoh penggambaran yang tidak terlalu panjang dan membolehkan dia memfokuskan kepada content media sosial.

Ryan Bakery 2

Tangkap layar video Ryan yang sering menjadikan pengalaman ketika dibangku sekolah sebagai bahan hiburan di TikTok.

“Bukanlah memilih tetapi sebab tempoh penggambaran yang lebih singkat membuatkan saya mahu fokus kepada filem berbanding drama buat masa ini.

“Alhamdulillah pengalaman pertama berlakon dalam Hantu Kuat Ketawa dibawah arahan Mawi banyak memberi pendedahan kepada saya dalam bidang lakonan,” katanya.

Untuk rekod, nama Ryan melonjak naik selepas dia memuat naik siri video nostalgia zaman kanak-kanak di TikTok yang mempunyai 2.9 juta pengikut.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *