Jam Mewah Siti Nurhaliza Di KLFW Jadi Tumpuan, Netizen Gali Harga Anggar Dan Bandingkan Dengan Iqbal Yang Kena Label Kaya Berlagak Pijak Duit

Sebenarnya sikap tawaduk itu adalah sifat mulia warisan nabi, rasul, sahabat dan orang soleh terdahulu. Sikap itu hendaklah didasari dengan ketulusan dan keikhlasan hati. Ada manusia bersikap tawaduk tetapi ditipu syaitan kerana dalam hatinya tersembunyi keinginan untuk dipandang mulia oleh manusia.

Sebenarnya, orang yang bersifat tawaduk akan dihormati dan disukai orang lain kerana dia boleh menimbulkan simpati sehingga orang lain suka bergaul dengannya.

Sebut sahaja nama Datuk Seri Siti Nurhaliza, siapa yang tidak mengenali figura cantik penyanyi nombor satu di Malaysia ini. Adat menjadi tokoh masyarakat, penampilan diri akan sentiasa menjadi tumpuan ramai orang.

Jam tangan harga 1.1 juta?

Kehadiran Siti atau lebih mesra disapa Tokti ke Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) semalam atas undangan pereka fesyen Rizman Ruzaini telah menjadi bualan pengguna media sosial.

Bukan busana digayakan menjadi spotlight tetapi jam tangan mewah yang menghiasi pergelangan tangan kanan penyanyi berumur 42 tahun itu.

Hasil carian netizen, jam tangan daripada jenama Richard Mille itu dianggarkan bernilai RM1.1 juta. Difahamkan, jam mewah bertali merah itu bertatahkan belian.

Ni baru orang panggil kaya

Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji dengan sikap rendah diri pelantun lagu Anta Permana yang tidak gemar menayang kemewahan.

Di samping itu, ada juga yang berpendapat ibu kepada dua cahaya mata ini mempunyai standard tersendiri dan layak untuk menggayakan perhiasan mewah selaras dengan usahanya sejak menceburi industri seni pada tahun 1995.

Untuk memahami tawaduk dengan lebih jelas, ia adalah sikap lawan daripada sombong atau takbur. Orang yang tawaduk tidak akan menolak kebenaran dan tidak memperlekehkan orang lain.

Rasulullah SAW menggambarkan sikap ‘kibr’ atau sombong dengan sabdanya: “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (Riwayat Muslim).

Sumber: TikTok @tarmizie_official Via OB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *