Salah Seorang Pemain Kedai Judi Sungai Buloh Tampil Beritahu Macam Mana Kedai Judi Boleh Hilang Sekelip Mata

Beberapa hari ini kecoh di media sosial tentang pembongkaran pusat judi yang beroperasi di salah satu kawasan di Sungai Buloh, Selangor. Lebih menyedihkan apabila ada yang menuduh pihak berkuasa seperti Polis dan MBSA tutup mata dan membiarkan mereka beroperasi.

Perkara ini didedahkan oleh Mohd Asri iaitu pemilik kepada Hot Burger Malaysia. Pada asalnya beliau tidak berpuas hati kenapa gerai burger beliau disita sedangkan banyak lagi kedai haram dibuat dan menggangu lalulintas. 2 LIVE facebook Mohd Asri buat untuk menunjukkan kenapa kedai lain tidak disita dan beliau juga menunjukkan kedai judi yang telah beroperasi lama berdekatan dengan gerai burger beliau.

Perkara ini mendapat liputan meluas apabila video Mohd Asri menjadi tular. Pihak polis sungai buloh telah menafikan operasi perjudian tersebut dan mengatakan kedai itu telah ditutup lama. Pihak Polis Sungai Buloh juga telah membuat laporan polis terhadap saudara Mohd Asri kerana cubaan menabur fitnah dan mencemarkan integriti pihak polis sungai buloh.

Pemilik Hot Burger Buat Kenyataan

“SAYA adalah penduduk asal di situ dan masyarakat sekitar juga tahu mengenai kewujudan premis judi itu. Namun, itu adalah hak polis untuk menafikannya,” kata pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42.

Dia berkata demikian selepas pihak polis membuat laporan polis menafikan kewujudan beberapa premis judi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh yang didedahkannya menerusi tiga siaran langsung di Facebook Hot Burger Malaysia sehingga tular sejak semalam.

Dia turut mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

“Saya akan memberikan kerjasama kepada polis dengan bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menyediakan khidmat guaman kepada saya untuk kes ini.

“Malah, saya juga sudah berhubung dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menghubungi saya semalam untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini,” katanya.

“Sudah lebih 20 tahun saya berniaga burger di tepi jalan dan banyak kali tindakan saman dan sita dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap gerai kami, namun saya tidak pernah marah atau menyimpan dendam kerana perkara itu.

“Tetapi apa yang mengecewakan saya adalah tindakan MBSA yang hanya menyita dua gerai burger termasuk milik saya di lokasi itu semalam, walaupun kami tidak berniaga sedangkan ada ramai lagi peniaga di kawasan berkenaan tidak dikenakan tindakan sama.

“Peniaga Aceh yang membuka khemah di tepi jalan dan menjual rokok seludup serta beberapa premis judi pula masih boleh berniaga seperti biasa tetapi hanya gerai burger kami yang diambil tindakan,” katanya ketika ditemui

PELANGGAN KEDAI JUDI TAMPIL BUAT KENYATAAN

Samada kenyataan dibawah ini benar atau tidak. Mohon pihak berkuasa seperti PDRM dan SPRM siasat.

SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh

Sarjan polis ditahan SPRM | Kes | Berita Harian

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberikan tumpuan kepada pegawai dan anggota penguat kuasa yang dipercayai menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya memandang serius video tular berkaitan isu rasuah penguat kuasa melindungi gerai haram, penjualan rokok seludup dan judi.

Menurutnya, isu tular itu mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada pihak tertentu.

“Saya sudah menghubungi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Zamri Yahya pada pagi ini.

“Beliau memaklumkan pihak JIPS akan mengambil tindakan tegas ke atas premis perjudian termasuk mana-mana pegawai yang melindungi aktiviti perjudian itu kerana kesalahan terbabit di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati masyarakat agar menyalurkan maklumat kepada SPRM dan tidak menghebahkan sesuatu isu di media sosial kerana ianya tidak akan membantu proses siasatan.

Malah, katanya, tindakan itu hanya akan memberi peluang kepada pihak terbabit menghapuskan bukti dan keterangan yang ada.

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *