Aaron Aziz Makan Atas Tong Sampah Jadi Tular. Isteri Aaron Aziz Tampil Beri Kenyataan

Pelakon Datuk Aaron Aziz enggan mengulas lanjut insiden dirinya terpaksa makan beralaskan tong kitar semula sebagai meja ketika terbabit dalam sebuah program TV baru-baru ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh isterinya, Datin Diyana Halik ketika dihubungi oleh Harian Metro.

“Aaron minta maaf sangat dia tak nak komen tentang video itu. Alhamdulilah dah settle (selesai) pun.

Maaf sangat-sangaf,” jawapnya ringkas menerusi mesej di aplikasi WhatsApp.

Perkongsian Aaron di Instagram baru-baru ini.

Dua hari lalu, pelakon filem KL Gangster ini mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik videonya yang menikmati makanan di atas tong kitar semula berwarna kuning di Instagram.

Aaron menerusi keterangan gambarnya tidak menyalahkan penerbit rancangan itu atau stesen TV, tetapi menasihatkan ‘orang perantara’ program berkenaan perlu peka dengan perkara ini.

“Yang lain ada nama dan bilik disediakan. Takpelah biar orang buat kita, jangan kita buat orang ye. Mustahil tak tahu Abang dijemput,” tulisnya.

VIDEO:

Perkongsian dibuat Aaron itu mendapat hampir 500,000 tontonan setakat ini.

Susulan itu juga, ramai rakan-rakan artis membanjiri ruangan komen bagi melahirkan perasaan terkejut dengan apa yang berlaku.

Mereka beranggapan bahawa tindakan itu sangatlah keterlaluan dan tidak beradab.

Aaron bagaimanapun tidak membalas sebarang komen yang jelas bersimpati terhadapnya.

Bagaimanapun, sikap sabar Aaron yang tetap tenang menikmati makanannya walau beralaskan tong kitar semula tetap dipuji ramai.

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *