Sebelum Mula Sidang Media Pertama Selepas Jadi PM 10. Tiba Tiba PM DSAI Dpt Panggilan Telefon

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menjadi ketua negara pertama yang menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Anwar berkongsi perkembangan itu di Facebook miliknya, malah menggambarkan hubungan Malaysia dan Indonesia sebagai sahabat sejati yang terjalin sejak sekian lama.

“Terima kasih Presiden Indonesia, Bapak Joko Widodo, yang menjadi kepala negara pertama yang menghubungi saya mengucapkan tahniah.

“Saya tegaskan Indonesia adalah sahabat sejati Malaysia dan saya mengharapkan hubungan perdagangan, perniagaan, pelaburan, budaya dan isu pekerja dapat dipertingkatkan. Persahabatan kedua-dua semestinya diperkukuh,” katanya.

Terima Panggilan Sebelum Sidang Media Bermula

Anwar umum Isnin cuti khas

Perdana Menteri yang baharu dilantik, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin (28 November 2022) sebagai cuti kelepasan am.

Perkara itu dimaklumkan olehnya pada sidang akhbar pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh, di sini pada Khamis.

“Saya sudah bincang dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dengan Yang di-Pertuan Agong kerana saya sudah janji untuk beri cuti dan dianjak kepada Isnin depan” katanya.

Anwar selesai mengangkat sumpah di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara, jam 5.30 petang.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini, pada jam 5.06 petang.

Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Turut berangkat ke istiadat berkenaan adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Anwar, 75, yang berbaju Melayu hitam lengkap bersamping warna keemasan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Presiden PKR itu mencipta rekod dengan menamatkan penantian 24 tahun untuk bergelar Perdana Menteri.

Sumber : Sinar Harian / BHARIAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *