Sebelum PKP Bermula, Ramai Pasangan Serbu Pejabat Agama Buat ‘Panic Nikah’

Umum mengetahui bermula 12 malam tadi, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di enam negeri iaitu di Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah, Putrajaya dan Pulau Pinang.

Sepanjang tempoh tersebut sebarang aktiviti sosial seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Namun, perkongsian netizen yang merupakan seorang jurugambar dikenali sebagai Ricol Kal El menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan keadaan di Pejabat Agama Sabah yang diserbu pengantin semalam.

Rata-rata pasangan ingin melangsungkan pernikahan sebelum PKP dilaksanakan tengah malam semalam apatah lagi ramai yang bimbang jika PKP bakal disambung lagi selepas 26 Januari.

Menerusi perkongsian foto tersebut, dapat dilihat keadaan perkarangan pejabat agama yang penuh dengan bakal-bakal pengantin bersama keluarga mereka.

Netizen turut berseloroh dengan mengatakan kejadian tersebut sama seperti ‘panic buying’ tetapi situasi itu bertukar menjadi ‘panic nikah’.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin serta mendoakan urusan pernikahan mereka dipermudahkan.

SUMBER: Facebook Via GulaPop

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *