Sebelum Shuib Nak Buat Pukulan Golf Masuk Lubang, Ada Satu Benda Raja Permaisuri Agong ‘Sound’ Shuib Yg Buat Semua Ketawa

Pelawak Shuib Sepahtu berbesar hati apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah berkenan menerima koleksi tudung hasil bisnes arwah isterinya, Siti Sarah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shuib berkata pemberian itu juga sebagai tanda terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong yang menzahirkan ucapan takziah atas pemergian isterinya pada Ogos tahun lalu.

“Selama ini, saya sangat kagum dengan Raja Permaisuri Agong yang sopan, prihatin dan sangat mesra rakyat. Pengalaman di Tunku Azizah Golf Challenge 2022 akan menjadi kenangan manis yang akan sentiasa tersemat dalam fikiran saya. Junjung kasih Raja Permaisuri Agong,” tulisnya.

Namun apa yang menarik perhatian ialah, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli turun ke padang golf bersama Shuib.

TUNKU AZIZAH ‘SOUND’ SHUIB

Di instagram Shuib banyak dikongsikan moment beliau bermain golf bersama Raja Permaisuri Agong.

Yang mendapat perhatian netizen adalah satu video dimana Shuib ingin memasukkan bola golf ke dalam lobang untuk mendapatkan mata Birdie.

Raja Permaisuri Agong bagi teguran pada Shuib yang buat bukan sahaja Shuib tetapi siapa yang ada disana ketawa,

“Tak dpt birdie, potong birdie tu”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Menyimpan kenangan tersebut di Instagram (IG)nya, rata-rata pengikut Shuib di laman sosial itu termasuk rakan-rakan artis menganggap Shuib bertuah kerana dapat bersantai bersama permaisuri kesayangan rakyat.

Sumber : Instagram Shuib Sepahtu

Artikel : AwattSyeikhhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *