(Video) Wanita Ini Selamber Cuci Tangan Pakai Air Dalam Tren LRT. Sekali Rapid KL Bagi Ayat Ini Khas Utk Wanita Tersebut

Apabila kita menggunakan pengangkutan awam seharusnya kita harus ikut peraturan yang telah ditetapkan.

Ada pengangkutan awam yang menyenaraikan beberapa larangan yang tidak boleh dibuat ketika menggunakan perkhidmatan tersebut.

Hari ini tular 1 video pendek dimana seorang wanita menaiki LRT membuat satu perkara yang agak mengejutkan. Perkara ini mendapat perhatian pihak Rapid KL.

“Kami tidak pernah upgrade tren kami untuk dijadikan tempat membasuh tangan.”

Itu ciapan RapidKL di laman Twitter hari ini.

Ciapan itu merujuk kepada satu video yang menunjukkan seorang wanita mencuci tangan dengan menuang air dari botol minumannya ke lantai tren LRT.

RapidKL dalam ciapan tersebut berharap tidak ada mana-mana penumpang meniru perbuata tersebut.

“Harapan kami, jangan tiru aksi/perbuatan ini dan semoga semua penumpang lebih bertanggungjawab dan beretika ketika menaiki tren,” katanya.

KOMEN DARI NETIZEN

Sementara itu di ruang komen, seorang netizen berkata sering melihat wanita tersebut menaiki tren dan tidak memakai pelitup muka.

Katanya, wanita tersebut sering menaiki tren dari stesen Bukit Bintang atau Pasar Seni dan kemudiannya turun di stesen Sri Raya.

Seorang lagi netizen meminta RapidKL menugaskan anggotanya membuat pemantauan dan memastikan insiden seperti itu tidak berlaku.

“Mana pergi kakitangan penguatkuasa RapidKL, utk mengambil tindakan yg sewajarnya? Kalau ada penumpang tergelincir dan jatuh tercedera sewaktu tren bergerak, baru nak ambil tindakan?” soalnya @dasonm.

VIDEO:

Sumber – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *