Selepas 40 Hari Mendiamkan Diri, Ramai Wartawan Nak Tanya Pasal Kahwin Dan Ini Respond Caprice

Selepas pelakon Remy Ishak dan Yusuf Bahrin menamatkan zaman bujang, kini giliran penyanyi rap sensasi, Caprice pula membuat hati para gadis kecewa.

Menerusi sekeping foto yang dimuat naik dalam Instastories seorang individu bernama Yasser Khan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, kelihatan dengan pasangannya, yang sama cantik sama padan mengenakan persalinan berwarna putih.

Hantaran berkenaaan turut dikongsikan semula oleh penyanyi yang juga anggota kumpulan DeFam, Azira Shafinaz.

Biarpun perkahwinan mereka berlangsung secara tertutup tanpa hebahan rasmi, namun tiada lagi rahsia apabila wanita yang menjadi suri hati penyanyi hip-hop, Caprice hari ini merupakan seorang ibu tunggal anak satu berusia 26 tahun.

Wanita berkenaan, Farra Inalis Hussni atau lebih selesa membahasakan dirinya, Elis itu berasal dari Kota Bharu, Kelantan namun menetap di ibu negara.

Elis yang juga usahawan dan mempunyai ramai pengikut di laman sosial mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang berusia sekitar tujuh tahun.

Menerusi Instagram, Elis sebelum ini pernah membuat pendedahan sudah enam tahun bergelar ibu tunggal.

HALAL

Di dalam Facebook Caprice sendiri, beliau telah memuat naik kenyataan selepas berita perkahwinan dia menjadi tular di media sosial.

Halal

Sorry ive been away for over 40 days now. Been going through alot… insyaAllah dalam masa terdekat ill share what happened. please follow @signbycap for all my future postings because im not allowed to use ‘Caprice’ and this IG for some time. I had to make this posting public on this acc due to all the blogs / wartawan / news who have been trying to contact me dari tadi.

Sorry for all the troubles guys, insyaAllah ill share the whole story soon at @signbycap and bounce back better.

Sumber : Oh Bulan / Kosmo Online! / Caprice Official

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *