Selepas Aliff Syukri Giliran Dato Seri Vida Pula Tunjuk Sokong BarisanNasional Tapi Kali Ini Ada Sesuatu Yg Netizen Perasan Lain Macam Pada DSV

TINDAKAN usahawan sensasi Datuk Seri Vida menyatakan sokongan terhadap kepimpinan parti Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilihat tidak kena sehingga menimbulkan kecaman dalam kalangan netizen.

Rata-rata menyatakan rasa kurang senang dengan aksi keterlaluan Vida atau Hasmiza Othman, 50, yang dikatakan sengaja menunjukkan wajah perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakkob yang tertera pada bahagian dada baju dipakainya.

“Kenapa over sangat? Nampak murah kempen begini. Bangunlah, sekarang dah nak masuk tahun 2023.

“Makin ditunjuk dada. Malunya saya sebagai orang perempuan Islam tengok. Datuk (Vida) ini bab agama saya rasa lagi bagus daripada saya, pergi umrah banyak kali tapi makin teruk hilang rasa malu. Orang lelaki tiada pula tunjuka bahagian sulit dekatĀ public.

“Terperanjat saya. Buat idea Datuk, jaga adab sebagai wanita. Boleh sahaja nak berkempen tapi agak-agak la,” komen netizen.

Terdahulu Vida memuat naik video dia bermain pilihan pemimpin di aplikasi TikTok dan keputusan yang diperoleh menunjukkan gambar Ismail Sabri.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Bukan hanya menari-menari menunjukkan dada, Vida juga menjerit terkejut apabila melihat keputusan tersebut.

Menerusi ruangan kapsyen Vida menulis tetap menyokong Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri bagi kerajaan yang bakal dibentuk selepas PRU15.

Sementara itu ada juga dalam kalangan netizen menyatakan sokongan sama seperti Vida memilih Ismail Sabri kembali memimpin negara.

Sebelum ini usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri merupakan antara figura berpengaruh yang secara terbuka menunjukkan sokongannya terhadap parti politik Barisan Nasional.

Terbaru, Aliff dilihat telah menghadiri program ceramah yang diadakan oleh calon Barisan Nasional P107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin.

Malah, bapa kepada lima orang cahaya mata ini juga ada memuat naik sebuah video bagi menunjukkan sokongannya terhadap parti tersebut.

VIDEO:

 

Sumber:MSTAR ONLINE/MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *