Selepas Bentang Bajet 2022 Selama 2 Jam, Tengku Zafrul Tampil Mohon Maaf. Rupanya Ini Yang Telah Terjadi

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul memohon maaf jika ada sebarang kekurangan dalam Bajet 2022.

Menurut beliau, Kementerian Kewangan telah berusaha sehabis baik menyediakan Bajet 2022 dalam keadaan kekangan kewangan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menunjukkan beg yang berisi buku laporan Belanjawan 2022 ketika keluar dari Kompleks Kementerian Kewangan menuju ke Bangunan Parlimen bagi membentangkan belanjawan tersebut di sini, semalam – FOTO FAISOL MUSTAFA

“Penyediaan Bajet 2022 bukanlah mudah. Memang mustahil untuk kami penuhi semua permintaan.

“Saya menyusun jari sepuluh jika ada sebarang kekurangan, tetapi yakinlah bahawa kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa menjadi keutamaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Tengku Zafrul membentangkan Bajet 2022 melibatkan peruntukkan RM332.1 bilion dalam usaha Malaysia memulihkan semula setiap segmen sosioekonomi negara pada tahun depan.

Belanjawan tersebut merangkumi RM233.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM75.6 untuk perbelanjaan pembangunan dan RM23 bilion dibawah Kumpulan Wang Covid-19.

Bagaimanapun, sebahagian orang ramai melontarkan rasa kurang puas hati kerana tiada pengumuman berhubung pencarum dibenarkan mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sumber : Kosmo Online!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *