Selepas Hans Isaac Dan Altimet Kecundang Dalam Pilihanraya PKR. Lagi Seorang Rakan Mereka Turut Kecundang

Percubaan sulung dua artis tempatan, Hans Isaac dan Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet dalam pentas politik tanah air gagal apabila kedua-dua mereka tewas dalam Pemilihan PKR 2022.

Menurut laman sesawang rasmi Pemilihan Keadilan 2022, mereka berdua yang bersaing bagi jawatan Ketua Cabang Ampang masing-masing hanya memperoleh 609 dan 589 undi sekali gus tewas kepada Daing Muhammad Reduan Bachok yang menang dengan mendapat 942 undi.

Pelakon, penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa.

Cabang itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi, sementara 372 undi diperoleh Afdlin.

Dengan keputusan terbaru itu, menyaksikan saingan membabitkan personaliti dan artis dalam Pemilihan PKR kali ini gagal memperoleh kejayaannya.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, sekadar memperoleh 609 undi sementara pesaing selebriti lain, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet, yang turut tewas, memperoleh 589 undi.

Pemilihan bagi Ketua Cabang Ampang dimenangi Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi.

Pemilihan PKR kali ini turut menyaksikan keputusan mengejut apabila Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (379 undi) tewas kepada pencabarnya, Mohd Rafee Ibrahim (488 undi) dalam merebut jawatan Ketua Cabang Hang Tuah Jaya

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul sekali lagi tewas pada pemilihan kali ini bagi jawatan Ketua Cabang Sungai Petani kepada Ooi Tze Min dengan perbezaan 103 undi.

PKR Setiawangsa perlu nafas baharu, Afdlin Shauki tawar bertanding - Utusan Digital

Sementara itu, Rafizi Ramli yang juga calon Timbalan Presiden PKR berjaya mempertahankan jawatan Ketua Cabang Pandan dengan meraih 548 undi, mengatasi pencabarnya Mohamad Rashidi Hassan (373) dan Adnan Jaaffar (121).

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari juga mempertahankan jawatan Ketua Cabang Gombak apabila memperoleh 1,858 undi, menyingkirkan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (bekas Setiausaha Politik kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mendapat 1,215 undi.

Di Negeri Sembilan, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun yang julung kali bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Port Dickson menang dengan memperoleh 1,129 undi menewaskan pencabar Ravi Munusamy (951) dan Sevalingam Birasami (477).

Beliau pernah menyandang jawatan Ketua Cabang Tampin sejak 2018 dan Naib Ketua Cabang Seremban sebelum itu.

Sementara itu, percubaan pertama Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik bertanding Ketua Cabang kawasan parlimen berkenaan membuahkan hasil apabila menang selepas meraih 109 undi menewaskan pencabarnya Faizul Abdul Ghani yang mendapat 66 undi.

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *