Selepas Nama Syed Saddiq Dipetik Oleh Yasin Diluar Mahkamah. Ini Respond Balas Syed Saddiq Dgn Kenyataan Yasin

Bekas menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengulangi pendirian agar penggunaan gan ja dalam bidang perubatan dibenarkan.

Dia berkata pendiriannya bahawa ia boleh dijadikan sebagai sumber rawatan alternatif dibuat berdasarkan fakta dan sains, bukannya ekoran trend atau “cakap-cakap orang”.

“Sejak menjadi menteri pada 2018-2020, saya konsisten dalam menggesa kerajaan untuk membenarkan penggunaan gan ja dalam bidang perubatan (medical cann abis).

“Malah, Kementerian Kesihatan di bawah bekas menteri, Dr Dzulkefly Ahmad pun ada keluarkan beberapa kenyataan tentang kesediaan KKM untuk membuka ruang kajian perubatan kan abis di Malaysia.

“Ia juga disambut dan diteruskan di bawah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sekarang,” katanya di Facebook hari ini.

Dalam hantaran itu, Syed Saddiq turut melampirkan rakaman perbahasannya di Parlimen pada Oktober 2021.

Kenyataannya itu beberapa jam selepas penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman menyebut namanya sebelum didakwa di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mengedar da dah jenis gan ja.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Da dah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman ma ti atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum ma ti hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Sebaik tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi, dia meminta wartawan agar menyampaikan salam kepada Syed Saddiq dan meminta ahli Parlimen Muar itu agar “segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen”.

Walaupun hantaran itu merujuk kepada kes itu, Syed Saddiq berkata dia tidak mahu mengulas secara khusus dan menyerahkannya kepada proses undang-undang, tetapi hanya ingin mengulangi pendiriannya.

“Saya pernah berbahas dalam Dewan Rakyat tentang potensi perubatan kanabis jika ia dibenarkan di Malaysia.

“Lebih 40 buah negara sudah membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan. Nilai pasaran industri ini cecah RM60 bilion.

“Ini bukan satu tugas yang mudah tetapi saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan ada perkembangan yang baik nanti,” katanya lagi.

Dalam satu ciapan di Twitter pula, dia mendoakan Yasin agar mendapat pembelaan terbaik di mahkamah.

VIDEO:

Sumber : Malaysia Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *