Selepas Paknil Serahkan Duit Sumbangan RM200Ribu Kepada Zamani Utk Rawatan Tulang Belakang. Tiba Tiba Zamani Beritahu Dia Takut

“Saya rasa terpanggil untuk mengadakan kutipan ini kerana memikirkan bagaimana Zamani ingin buat persembahan.” kata Datuk Aznil Nawawi.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik pengacara yang mesra disapa Pak Nil di laman Instagram itu Aznil turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM122,052.93 menerusi hasil kutipan dana awam yang dilakukannya sekitar Jun lalu.

“Mereka bukan sahaja menyumbang wang ringgit, tetapi mendoakan agar kesihatan Zamani pulih.

“Saya lakukannya dalam diam dan bersyukur dalam tempoh yang singkat, ramai tampil membantu.

"Terima kasih rakyat Malaysia" - Aznil serah kutipan dana buat Zamani

Biarpun ada yang menyumbang 50 sen sekalipun. Penerbit Datuk A Aida juga tampil menyumbang RM5,000. Terima kasih juga saya ucapkan kepada mereka yang membantu Zamani,” kata Aznil.

Terdahulu Zamani terpaksa akur apabila tiada alternatif lain melainkan perlu menjalani pembedahan bagi merawat penyakit skoliosis atau masalah tulang belakangnya itu.

INI KATA KATA ZAMANI SELEPAS PAKNIL SERAHKAN DUIT SUMBANGAN

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 51, berkata, dia takut untuk melalui pembedahan terbabit kerana bimbang dengan kesan sampingan yang perlu ditanggung di kemudian hari.

“Kalau diikutkan saya tidak mahu membuat pembedahan, tetapi tidak ada cara lain melainkan makan ubat tahan sakit. Sampai bila harus bergantung kepada ubat dan akan menjejaskan buah pinggang.

“Sekarang saya berasa semakin tidak selesa sehinggakan sukar untuk tidur malam. Sekarang tulang semakin membengkok dan menghimpit rusuk kiri,” katanya.

Menurut Zamani, sebelum melakukan pembedahan tulang belakang dia terlebih dahulu perlu menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan.

“Buat masa sekarang saya perlu merujuk kepada pakar neurologi kerana ada banyak proses akan diambil kira sebelum melakukan pembedahan.

“Berdasarkan pemeriksaan X-ray dan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik), saya difahamkan terdapat banyak kedudukan saraf sekitar kawasan tulang belakang jadi sedikit rumit untuk melakukan pembedahan,” kata penyanyi itu yang berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya.

Tambah Zamani, dia pernah menonton proses pembedahan terbabit di YouTube dan mengakui proses itu amat rumit.

“Saya memang takut untuk membuat pembedahan ini. Saya juga ada melihat di YouTube dan mengakui pembedahan itu bukan sesuatu yang mudah.

“Saya juga fikir untuk melakukan pembedahan secara robotik iaitu dengan cara penebuk lubang dan masukkan besi pada tulang belakang.

Tetapi, walaupun menebuk lubang, hal itu tetap satu pembedahan yang agak menakutkan,” kata Zamani yang mula menyedari penyakit dihadapi sekitar 2015 selain pernah jatuh terlentang ketika berada di rumah.

VIDEO:

 

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *