M4ngsa yang ditumbuk dan ditendang oleh anak tirinya sehingga cedera dalam kejadian di Kampung Ruat di sini semalam berharap lelaki itu dipenjara dan dimasukkan ke wad psikiatri.
Dalam kejadian pada pukul 7 pagi semalam, individu berusia 29 tahun mengamuk selepas bapa tirinya, Nordin Ahmad, 71, enggan memberikannya wang.
Menurut Nordin, anak lelaki tunggal isterinya, Salmiah Man, 50, kini sukar dikawal dan akan mengamuk setiap kali mereka enggan menuruti kemahuannya.
“Saya juga mahu dia diberikan rawatan di wad psikiatri kerana tahap mentalnya semakin teruk sejak terlibat dengan ddah dan kegiatan menghidu gam beberapa tahun lalu.
“Sebelum ini kami telah melakukan pelbagai cara untuk mengawalnya termasuk membuat laporan kepada Agensi Antid4dah Kebangsaan (AADK) dan melaporkan kepada pihak polis sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Sementara itu, isterinya, Salmiah berkata, dia tidak menyangka anaknya itu akan bertindak agresif dengan menumbuk dan menendang bapa tirinya.
“Dalam kejadian itu, dia minta wang sebanyak RM50 untuk beli d4dah selain meminta suami saya menghantarnya ke Hospital Yan untuk mengambil ubat penyakit mental dialaminya.
“Disebabkan suami enggan memenuhi kedua-dua permintaannya itu, dia mula mengamuk dan mencederakan suami saya sebelum melarikan diri,” jelasnya.
Katanya, anak lelakinya itu mula mengalami tekanan perasaan pada 2014 dan dia tinggal di rumah bekas suaminya suaminya di kampung sama.
“Setiap hari dia akan datang makan di sini selain meminta wang untuk kegunaan hariannya dan pulang bermalam di rumah yang didudukinya seorang diri,” katanya.
Salmiah bagaimanapun bersyukur kerana suaminya tidak bertindak balas semasa kejadian itu bagi mengelak anaknya menjadi lebih marah.
“Kecederaan suami terutama di bahagian telinga dan dada semakin pulih selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Yan semalam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, keputusan saringan urin lelaki tersebut didapati n3gatif d4dah.
“Dia direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 18 Februari dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012,” katanya.
“Nasib baik tak patah t3ngkuk” – Lelaki terajang bapa tiri ditahan polis
BERANG terhadap warga emas yang enggan memberikan wang untuk membeli d4dah, seorang lelaki dilihat memukul dan menendang muka bapa tirinya hingga cedera dan ibunya hanya mampu melihat tanpa mampu berbuat apa-apa.
Kejadian di Kampung Ruat, Yan, Kedah itu melibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun di rumah keluarganya kira-kira jam 8.30 pagi Selasa.
Melalui rakaman berdurasi 30 saat yang tular di media sosial, individu ini dikatakan bertindak agresif memukul dan menendang bahagian dada bapa tirinya sebanyak dua kali.
Berikutan kejadian itu, ibu kepada lelaki tersebut meminta bantuan penduduk kampung agar melaporkan perkara ini kepada pihak polis.
Laporan kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, kepada BH menyatakan bahawa suspek masuk ke dalam rumah meminta wang kepada m4ngsa.
Suspek pada mulanya meminta wang daripada bapa tirinya untuk membeli d4dah seperti kebiasaan namun m4ngsa enggan memenuhi permintaannya itu.
Setelah m4ngsa enggan berikan kerjasama, suspek dikatakan mula bertindak memukul mangs4 semasa mereka berada di ruang tamu rumah yang merupakan kediaman m4ngsa dan isterinya.
“Tidak dapat mengawal perasaan marah, suspek bertindak menendang mangs4 daripada belakang dengan memakai kasut getah.
“Akibat rasa terancam, m4ngsa mengambil keputusan untuk membuat laporan polis kerana bimbangkan akan keselamatannya.” katanya memetik BH
Dikatakan juga ini bukan kali pertama penagih d4dah tegar itu memukul bapa tirinya yang jika enggan memberikan duit kepadanya untuk membeli d4dah.
Jelasnya lagi, suspek ditahan pada jam 6.45 petang di kawasan Lubuk Boi, Yan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
Kesan dipukul teruk oleh suspek, m4ngsa mengalami bengkak di bahagian kiri telah dibawa ke Hospital Yan.
Susulan daripada siasatan juga mendapati bahawa suspek merupakan seorang pesakit mental yang memegang kad orang kurang upaya (OKU) yang disahkan isteri m4ngsa.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet meluahkan rasa simpati terhadap mangs4.
“Anak tak kenang jasa biadab dengan orang tua. Tunggu balasan Allah nanti.Luluh jantung rasa ya Allah apa nak jadi.
“Ya Allah nasib baik tak patah tengkuk orang tua tu. Siuman ke tak lelaki tu,” demikian antara komen yang ditulis oleh warganet.
Posting di Facebook telah mendapat lebih 8,000 perkongsian, lebih 5,700 tanda suka dan telah meraih lebih 200,000 tontonan.
Kes penuh tragis ini telah disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012.
Sumber: Utusan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.