Sepupu PM Ismail Sabri Dah Lama Agak Ismail Sabri Akan Naik Jadi Perdana Menteri. Dia Tunjukkan Satu Gambar Lama Yang ‘Rare’ Perdana Menteri

Seorang wanita di sini meluahkan rasa sebak dan gembira selepas mendapat tahu sepupunya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Perdana Menteri kesembilan.

Jaharah Yusof, 72, dari Kampung Bukit Tingkat berkongsi kegembiraannya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya pada Sabtu.

Walaupun lahir di Kampung Lubuk Kawah di Temerloh, Ismail Sabri membesar di Kampung Bukit Tingkat di sini.

Menurut Jaharah, dia sudah lama yakin bahawa sepupunya yang mesra dengan panggilan Yee akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Perdana Menteri mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangau.

Perdana Menteri mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangau.

“Malah dia (Yee) pernah berseloroh untuk menjadi PM ketika berbual bersama arwah bapa saudaranya sebelum ini.

“Saya sudah lama yakin dia akan jadi PM melihat kepada kredibiliti dan pengalaman sedia ada.

“Semalam (Jumaat) selepas dapat tahu, ada panggilan video beramai-ramai dengan ahli keluarga lain dan Yee sendiri selepas Isyak,” katanya.

Jaharah yang mesra dipanggil Kak Nik oleh Ismail Sabri juga menyifatkan sepupunya sebagai seorang anak kampung sejati selain suka merendah diri walaupun sudah memiliki jawatan besar sebelum ini.

Potret Rasmi Ismail Sabri

Dalam pada itu, Jaharah berkata, sehingga kini dia juga masih menyimpan potret rasmi Ismail Sabri ketika bertanding dalam Pilihan Raya Umum pada 2004.

“Potret itu antara kenangan berharga buat saya. Yee memberikan potret rasmi yang siap ditandatangani kepada semua sepupu yang ada dan saya simpan hingga kini,” katanya yang memiliki tujuh anak, 12 cucu dan 12 cicit.

Sementara itu, anak kepada Jaharah, Rohani Mahmud, 63, turut melahirkan rasa bangga dengan kejayaan Ismail Sabri.

Rohani

“Antara kenangan yang tidak boleh lupa, kami pernah mandi sungai beramai-ramai dan dia pernah hampir lemas,” katanya.

Abang Kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Ceritakan Perangai Sebenar Adik Dia

“Rasa macam tak percaya anak kampung boleh jadi Perdana Menteri (PM).

Itu reaksi abang Perdana Menteri, Abdul Manaf Yaakob, 81, selepas adik bongsunya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ataupun mesra dengan panggilan Yee dilantik selaku Perdana Menteri yang kesembilan pada Sabtu.

Menurutnya, ia umpama satu khabar gembira yang tidak terduga buat keluarganya.

Abdul Manaf menunjukkan dirinya bersama adik beradiknya termasuk Ismail Sabri.

“Memang ada rasa macam tak masuk akal adik jadi PM selain terkejut tapi pada masa sama bersyukur dan tahu ia dalam aturan ALLAH SWT walaupun saya lihat perjalanan karier politiknya agak mendatar.

“Ikutkan ketokohan Yee dalam politik hanya saya nampak ketika dia menuntut di Universiti Malaya (UM),” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Abdul Manaf yang juga bekas ahli perniagaan itu ditemui di kediamannya di Taman Sri Semantan di sini.

Anak kedua daripada lapan beradik yang mesra dengan panggilan Abang Nik itu memberitahu, sebagai anak bongsu, Ismail Sabri seorang adik yang manja dan low-profile sejak kecil.

Abdul Manaf sebak ketika menonton Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan oleh adiknya di kaca TV petang tadi.

“Lagi satu sebagai anak kampung, adik pun macam budak lain, suka mandi sungai dan lain-lain.

“Malah, bila adik dah jadi menteri saya lihat dia (Yee) masih ada menunjukkan sifat manjanya,” kongsi beliau bahawa adiknya sangat menggemari menu ketupat cicah gula kabung (nisan).

Seperti orang lain, Abdul Manaf juga mengharapkan adiknya dapat menggalas tanggungjawab sebagai PM sebaik mungkin.

“Jalankan tugas dengan jujur, ikhlas dan amanah selain dapat mengatasi pandemik Covid-19 yang sangat diharapkan oleh rakyat di negara ini,” tambahnya.

Sumber : Sinar Harian

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *