Sesuatu Terjadi Pada FB Muhyiddin Yassin Selepas Dia Umum Perletakkan Jawatan Sebagai Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf atas kekurangan sepanjang pentadbiran beliau, selain mengaku redha dengan ketentuan Ilahi.

Katanya dalam perutusan khas hari ini, beliau menyifatkan jawatan tersebut sebagai satu amanah yang berat dan bukanlah satu kemegahan.

“Saya ingin memohon keampunan daripada saudara saudari atas segala kekhilafan dan kelemahan sepanjang saya menjadi Perdana Menteri.

“Saya dan rakan-rakan JM yang telah cuba melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan saudara saudari sekalian dalam tempoh krisis ini

“Namun sebagai manusia pastinya ada salah dan silap di sana sini, jadi saya memohon ribuan ampun dan maaf.

Sementara itu, beliau mengharapkan kerajaan baru agar meneruskan usaha Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan baik.
“Saya harap kerajaan baru dapat dibentuk segera supaya pentadbiran negara kita ini tidak terganggu dan dapat berjalan seperti biaasa

“Tempoh 2 bulan kehadapan adalah amat penting kerana dijangka mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober insyaAllah.”

Segala perancangan dalam Pelan Pemulihan Negara tidak boleh terbantut. Sektor ekonomi perlu dibuka semula bagi memastikan ekonomi kita pulih segera dan rakyat dapat menjana wang untuk menyara diri dan keluarga

Rekod kita mencatatkan kadar vaksinasi harian antara yang tertinggi di dunia.

Komen Netizen Di Facebook TSMY Selepas Umum Letak Jawatan PM

Muhyiddin tidak wajib letak jawatan - Utusan Digital

Ramai yang telah masuk komen di Facebook rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin. Rata rata mengucapkan terima kasih dan ramai juga meluahkan rasa sedih kenapa TSMY meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Walaupun terdapat beberapa komen negatif tetapi hampir keseluruhan komen adalah positif dan komen sedih.

Sesuatu yang tidak biasa berlaku terutama ketika negara kita berada dalam lockdown yang lama dan kes masih melepasi 20 ribu sehari.

Komen netizen untuk bekas PM kita

“Terima kasih atas segalanya. Saya tetap sokong TSMY. Kalau boleh kekal la sebagai Pm yg berwawasan dan sentiasa prihatin. Semoga sentiasa di lindungi Allah swt dan sihat selalu.. Aaminn”

“Terima kasih abah..kita tunggu PRU15 mana tau abah ada rezeki jadi PM lagi”

“Thank you for taking care of us, the rakyat Sir.
As caretake PM, you will continue your good leadership. Kami berdiri teguh di belakang Tan Sri”

Agong Berkenan Terima Surat Perletakan Jawatan Muhyiddin Sebagai PM – Istana Negara

YDP Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menerima perletakan jawatan ahli kabinet dan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa hari ini.

Dalam perutusan khas Istana Negara, baginda berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

“Pada sesi menghadap YAB Perdana Menteri, yang berlangsung selama 30 minit bermula dari jam 12.30 tengah hari, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima surat peletakan jawatan YAB Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta berkuat kuasa pada hari ini,” tulis kenyataan tersebut.

Sumber : BERNAMA / SIAKAP KELI / FB Muhyiddin Yassin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *