Setelah 4 Tahun Berdiam Diri, Amelina Ceritakan Punca Dan Kisah Sebenar Perceraian Dengan Bekas Suami Yang Orang Tidak Tahu Selama Ini

Penyanyi dan pelak0n Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin akhirnya telah bersedia untuk berkongsi kisah perceraian dengan bekas suaminya.

Dalam sebuah posting yang dimuatnaik di Instagram peribadinya, Amelina yang mesra dipanggil Kaklong mendedahkan tarikh sebenar dia bercerai dan bersyukur kes perceraian itu berlangsung dengan lancar tanpa kekecohan.

Amelina juga turut menyebut beberapa nama yang banyak membantu dalam mengendalikan kes perceraian ini. Antaranya seperti Rizz Iskandar (Peguam), Liza Ilias (Isteri Ajai), dan pengurusnya Brian Micheal.

“Ramai yang nak tahu bila tarikh perkahwinan Kaklong dan bila Kaklong berstatus Janda Anak Enam ni atau ramai yang gelarkan kaklong JA6. Sebab perceraian kaklong tidak kecoh kerana peguam kaklong menguruskan dengan baik iaitu @rizz2612. Bagi Kaklong dia yang sangat terbaik dalam mengendalikan kes Kaklong dan masa tu Kaklong dibantu oleh kakak comel saya @mrsajai75 dan adik Kaklong @mr.joe77.”

Amelina berkata, tarikh tepat dia rasmi bercerai pada 29 Jun 2016, selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga.

“Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Mahkamah Tinggi Syariah Seremban sangat-sangat membantu Kaklong pada masa itu. Kaklong berkahwin 26hb April 1999 dan perkahwinan Kaklong berakhir 29hb June 2016”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin)

Alami Kemurungan Selepas Bercerai

Menurut Amelina, dia mengakui selepas bercerai, dia mengalami kemurungan dan hilang keyakinan diri.

“Pejam celik pejam celik dah 5 tahun sudah Kaklong single dan bergelar ibu tunggal. Awalnya Kaklong rasa kemurungan , amat sedih dan hilang keyakinan diri. Adakah Kaklong mampu dalam usia yang senja ni menanggung dan mencari rezeki untuk 6 orang anak-anak yang sedang membesar”.

“Tetapi Kaklong ingat dan yakin satu adalah golongan ibu tunggal ini sangat di pandang tinggi dalam masyarakat dan agama. Buktinya Kaklong sentiasa disayangi dan apa yang Kaklong buat untuk mencari rezeki sentiasa mudah dan di permudahkan.”- tulisnya.

Amelina mengakhiri perkongsian ceritanya dengan memberi nasihat kepada semua peminatnya supaya pandai menjaga diri, bersikap merendah diri dan sentiasa memberi aura positif kepada orang lain.

SUMBER:MURAI

Apa Pen dapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggung jawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda.

Semen tara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghibur kan di bawah ini yang dikongsi kan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *