Setelah Kertas Siasatan Dibuka Sebab Buat Kenyataan Dikatakan Mahu Sembelih Orang Bukan Islam, Zul Huzaimy Tampil Bagi Penjelasan

Pelakon Zul Huzaimy memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terhadap penyebaran klip videonya yang k0ntr0versi.

Zul berkata, mungkin ada yang tersalah anggap dengan apa yang diucapkan dalam klip yang sudah disuntimg oleh seseorang yang mengatakan dirinya terlalu 3kstrim sehingga mahu meny3mbelih orang bukan Islam di Malaysia.

“Salah tu. Anda harus dengar ucapan saya yang penuh di mana saya menyatakan begini, kepada saudara-saudara ‘non muslim’ (bukan Islam), kita harus menjaga mereka kerana mereka ini menyokong pemerintahan negara kita sebagai negara Islam dan begitu baik.

“Wajib seorang pemimpin yang beragama Islam menjaga mereka. Itu yang pertama. Yang keduanya adalah yang saya sebut sebagai kafir.harbi.

“Ini adalah musuh Islam yang nyata. Maksud saya di sini ialah ‘non muslim’ yang benci Islam, suka perkauman, buat hal sehinggakan tak benarkan azan di sesetengah tempat terlalu kuat,” katanya menerusi video di Inst4.gram.

Zul Huzamyi berkata, semalam dia mendapat satu video di mana ada sekumpulan pemain gendang di Pulau Pinang bergendang dengan kuatnya di depan sebuah masjid ketika sedang azan Isyak.

“Jadi benda benda beginilah yang kita harus faham. Yang saya maksudkan, kaum kaum “non muslim’ yang segelintir ini. Kena faham di situ. Saya bukanlah seorang yang terlalu 3kstrim untuk suka berg4duh dengan orang. Tidak.

“Saya pun bersahabat dengan kawan kawan kaum India, Cina dan Sikh. Arwah ibu saudara saya pun kaum Cina beragama Islam.

“Kawan saya Adam Corie juga kaum Cina beragama Islam. Yang saya maksudkan bila mana ada sesetengah pihak yang cuba memanas.kan keadaan dengan membenci Islam ini. Agama rasmi Malaysia. Itu maksud saya,” katanya.

Zul tidak mahu perkara-perkara ini dis3ns4sikan sebagai ‘hat3sp33ch’.

“Ini yang saya nak nyatakan di sini. Saya bukanlah buat ‘hate speech’ di mana suka nak timbulkan isu perkauman, nak minta orang bergaduh antara agama. Tidak. Ingat, yang kita nak adalah sama-sama menghormati. Anda agama anda, saya agama saya. Hidup di Malaysia ini saling bekerjasama dan akhirnya kita akan bahagia dan aman

“Yang tak aman, bila ada yang terlalu ekstrim ini. Saya pun tidak menyokong kumpulan-kumpulan Islam yang ekstrim. Bunuh membunuh sesuka hati tanpa mempedulikan undang-undang negara,” katanya.

Zul berkata, dia tidak menyokong budaya sebegitu dan memohon kepada warganet yang salah faham dapat memahami kenyataannya secara jelas dan akhirnya semua rakyat Malaysia hidup dengan aman.

Terdahulu, tular rakaman video ceramah pelakon itu di atas pentas dikaitkan dengan Pas, mengandungi kenyataan k0ntr0versi berbaur perk4uman.

Kenyataan s3nsitif pelakon terbabit dikatakan dirakam pada satu program di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.

SUMBER:HM3Tr0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggung jawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *