Bercinta bertahun tahun lamanya bukan bererti dia akan menjadi pasangan hidup yang ditunggu, boleh jadi sekadar satu persinggahan sementara bertemu dengan jodoh sebenar.
Bagaimanapun, tetap akan terluka apabila hubungan bertahun-tahun dikhianati akan kehadiran orang ketiga dalam diam.
Terima undangan perkahwinan
Itulah yang dilalui gadis ini apabila tiba tiba mendapat undangan perkahwinan dari kekasih hati secara bersama perempuan lain.
Seorang pengguna aplkasi TkT0k, Nadiyaaal telah memuat naik satu video saat rakannya menerima khabar yang mengecewakan apabila mendapat jemputan kahwin dari kekasihnya sendiri.
Menurut Nadiyaaal, ketika itu dia sedang membantu rakannya menyiapkan assignment, namun tiba-tiba rakannya bernama Andina itu menerima mesej dari teman lelakinya.
View this post on Instagram
5 tahun yang sia-sia
Berdasarkan video yang dipaparkan, gadis tersebut bagaikan tidak percaya apa yang dibacanya, dia terlihat terduduk sebelum cuba untuk mengawal kesedihannya.
Lebih sedih lagi, Andina dan lelaki berkenaan sudah hampir 5 tahun bercinta, malah ketika itu gadis tersebut sempat ketawa sebelum menangis sambil ditenteramkan oleh rakannya.
Bersimpati akan nasib yang menimpa gadis tersebut, rata-rata warganet meninggalkan komen yang menaikan semula semangatnya selain mendoakan yang terbaik buat gadis berkenaan.
SUMBER:TT.Nadiyaaal
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut