Shuib Offer Nak Belanja DG Noor Hisham Pergi Bercuti Tapi Dalam Negara Sahaja. Jawapan DG Hisham Kepada Shuib Tentang Tawaran Itu Memang Tak Disangka

PELAWAK, Shuib Sepahtu menawarkan penajaan percutian dalam negara kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai tanda terima kasih kepada beliau yang memimpin barisan hadapan bagi mengekang penularan jangkitan Cov-19.

Shuib yang juga juruhebah Hotfm membuat tawaran itu secara spontan ketika sesi dialog bersama media dalam menangani pand3mik Cov-19 di sini, hari ini.

SHUIB OFFER DG HISHAM PERGI BERCUTI

SHUIB mahu menaja percutian Dr Noor Hisham. FOTO arkib NSTP

“Ada plan (perancangan) nak cuti?

“Kalau Datuk nak bercuti saya sanggup sponsor (taja), tetapi jangan luar negara mahal, dalam negara ok,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham sambil tersenyum memberitahu beliau lebih selesa untuk berehat di rumah selepas penat bekerja.

“Isu dia bukan soal bercuti, cuti untuk rehat di rumah saja, kalau kerja 20 jam sehari banyak masa berehat di rumah saja daripada pergi berjalan sini berjalan sana.

“Bukan saya saja penat, tetapi semua petugas barisan hadapan sebab kita sudah bekerja tujuh bulan tanpa henti, tetapi ketika kes makin berkurangan saya benarkan mereka take a break,” katanya menjawab soalan Shuib.

Menurutnya, ketika ini pihaknya bimbang peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 yang memerlukan pasukannya bekerja keras semula.

“Saya hanya mewakili 250,000 petugas KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), jadi kerjasama padu antara kami dengan satu matlamat iaitu memutuskan jangkitan Cov19 dalam negara,” katanya.

HOTFM (Syuk, Fizi dan Shuib) berjumpa dengan DG Noor Hisham

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *