Shuib Buat Kemunculan Mengejut Dalam Sepahtu Reunion Live 2021. Dia Tanya Apa Beza Kasut Dan Sepahtu Kepada Jep Dan Ini Jawapanya (Video)

Semua sedia maklum bahawa usahawan dan pelawak Shuib mengakui ketiadaannya dalam program Sepahtu Reunion Live 2020 dan pengundurannya sebagai penyampai radio kerana mahu berehat dari dunia seni.

Bagaimanapun kata Shuib, dia hanya bercuti buat seketika kerana mahu memberi fokus kepada rangkaian perniagaan BubbleBee terlebih dahulu.

“Saya tidak akan berundur dari dunia seni kerana bidang ini adalah sesuatu yang saya suka dan minat.

“Cuma sejak kebelakangan ini saya mulai sedar yang saya perlu menyusun semula kerja-kerja dilakukan supaya lebih teratur.

“Sebelum ini saya buat banyak kerja dalam satu masa dan berasa sedikit kelam kabut bila nak fokus, terutama yang melibatkan BubbleBee,” katanya.

SHUIB MUNCUL DI SEPAHTU REUNION LIVE 2021

Bukan sahaja ahli kumpulan Sepahtu yang terkejut malahan semua penonton di studio turut terkejut.

Apabila Shuib melangkah masuk ke dalam set Sepahtu Reunion Live 2021, seluruh studio bergema dengan sorakkan.

Paling tak boleh cover line adalah Rahim Sepahtu, dia terlompat lompat kegembiraan apabila rakan seperjuangan di dalam Sepahtu kembali walaupun sekejap sebagai cameo.

Apa Beza Kasut Dan Sepahtu?

Shuib bertanyakan satu soalan kepada Jep Sepahtu apakah perbezaan diantara kasut dan Sepahtu. Seperti biasa Jep akan buat buat tak tahu, sudah semestinya dia menunggu apakah punchline Shuib.

‘Kasut adalah ini (sambil memegang sepasang kasut), Sepahtu itu adalah kita (sambil menunjuk semua ahli kumpulan Sepahtu).

Kata kata Shuib memang mendalam sehinggakan Jep terdiam dan seluruh dewan bersorak lagi.

Video: (Mohon maaf diatas kualiti video/audio)

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *