Shuk FM Dikatakan Curang, Individu Ini Tampil Ceritakan Apa Yang Berlaku

TIADA angin tiada ribut, secara tiba-tiba muncul cerita kurang enak membabitkan pelawak Shuk Sahar yang didakwa curang terhadap isterinya.

Menerusi perkongsian seorang individu di Twitter, penyampai radio Hot FM itu didakwa mempunyai hubungan dengan seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh.

Individu itu juga membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Shuk dan Fara.

“Perempuan ini memang sondol (goda) laki (suami) orang saja. Kalau boleh yang kepuk (berduit) kemudian dia sara hidup mana-mana jantan yang solo baru nak up. Apa punya perangai.

“Nanti I kongsi pula tentang perempuan itu sama laki orang lain pula,” tulisnya di Twitter.

Menerusi pemerhatian mStar, wanita yang didakwa sebagai kekasih Shuk itu sudah memadam akaun laman sosialnya.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Shuk dan pihak stesen radio Hot FM gagal apabila mereka tidak menjawab panggilan dan mesej.

Semakan di Instagram Shuk juga mendapati dia sudah menutup ruang komen.

Berdasarkan perkongsian balas di Twitter, difahamkan isteri Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah sedia maklum mengenai perihal suaminya dan dia dikatakan pernah berinteraksi dengan Fara bagi membincangkan isu mengenai Shuk.

Dalam pada itu, individu tersebut juga berkongsi paparan skrin status yang dipercayai dimuat naik oleh adik ipar kepada Shuk bagi meluahkan rasa berang terhadap wanita yang didakwa bercinta dengan pengacara tersebut.

“Sebenarnya, kau yang dedahkan kesundalan kau tu sendiri. Lepas itu meroyan macam kakak aku yang kacau hidup kau. Sedar la perempuan. Berapa tahun sudah kau siksa hidup kakak aku.

“Cukup la aku sabar dengan hanya mampu menatap ratapan tangisan kakak aku. Aku mahu buat kau malu pun kakak aku sendiri tak suruh sebab kesian dengan kau.

“Tapi kau tiada hati langsung buat kakak aku begitu. Now you know, Allah itu maha adil,” tulisnya.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Kredit: Mstaronline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *