Shuk Sahar Muat Naik Sekeping Gambar Hari Raya. Sekali Netizen Bagi Soalan Ini Pada Dia

Pelawak terkenal, Shuk Sahar menerusi satu hantaran di laman Instagram akhirnya berkongsi foto rayanya semasa syawal yang keempat dan perkongsian tersebut ternyata mencuri perhatian warganet.

Menerusi sekeping foto yang dikongsi, dapat dilihat pelawak ini yang segak memakai busana Baju Melayu beserta samping sambil memegang perutnya.

Kapsyen pendek yang digunakan turut sempat mempromosikan jenama Baju Melayu yang dipakainya ketika itu.

“Budak OOTD Raya Ke-4” – Shuk Sahar

Bagaimanapun apa yang menjadi perhatian apabila netizen menerusi ruangan komen, sempat bertanyakan Shuk beraya dengan siapa tahun ini.

Menerusi komen yang lain, Shuk menjelaskan dia beraya di Alma, Pulau Pinang dan sempat membalas beberapa komen yang ditinggalkan.

Menerusi pemerhatian pihak OHBULAN! isteri kepada Shuk, Rossa Sera sebelum ini sempat memuat naik sebuah video di laman Instagram dan menjelaskan raya kali ini lebih bermakna bersama dua cahaya matanya.

Sebagai rekod, Shuk dan Rossa Sera mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 3.

Sumber: Shuk_Sahar via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *