Kena Penj4ra 1 Tahun Sbb Marah Suami Balik Rumah M4buk. Ini Ayat Terakhir Isteri Ketika Depan Hakim Pasti Buat Semua Terdiam

Seorang wanita berusia 45 tahun di Karawang, Indonesia dijatuhi huku.man pen.jara selama satu tahun oleh Pendakwa Raya Kejari Karawang, lapor Tribun jabar.

Huku.man itu telah dibacakan dalam perbicaraan kes berkenaan Kegan.asan Rumah Tangga (KDRT) yang berlangsung di Mahkamah Daerah Karawang.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu dilaporkan telah melakukan keke.rasan dalam rumah tangga ke atas suaminya.

Suaminya itu mengakui bahawa dirinya telah mengalami masalah men.tal kerana sering dimarahi oleh isterinya.

INI KATA KATA ISTERI SELEPAS DIA DIJATUHKAN HUKMAN

Marahi Suaminya yang Sering Mabuk, Istri di Karawang Dipenjara 1 Tahun : Saya Bukan Bunuh Orang - Tribunnewsbogor.com

“Suami selalu ma.buk malahan yang dihu.kum isterinya pula. Perhatian kepada isteri, ibu-ibu seluruh Indonesia, hati-hati kalau nak marah suami pulang dalam keadaan ma.buk.

“Kena layan mereka elok-elok dan sambut dengan baik. Jika anda marah mereka, anda boleh dipen.jara,” sindir wanita itu setelah selesai perbicaraan di mahkamah tersebut.

Peguam wanita tersebut, Iwan Kurniawan menyatakan bahawa, beliau menganggap tuduhan daripada pendakwa raya tersebut terlalu berat.

Pihaknya dilapor akan mempersiapkan pembelaan di mahkamah pada minggu depan.

Iwan berkata, dalam kes keganasan rumah tangga berkaitan mental ini, wajib ada bukti kukuh hasil tindakan keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh tertuduh.

Bekas suami kepada wanita itu membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut selepas dia dilaporkan dibuang kerja dan mengalami tekanan mental.

Bekas suaminya itu dilaporkan membuat laporan polis tersebut selepas wanita berkenaan terlebih dahulu melaporkan bekas suaminya itu kepada pihak polis kerana mengabaikan keluarganya.

Bekas suaminya kemudiannya dinamakan sebagai suspek pada Disember 2020, manakala dia pula dinamakan sebagai suspek pada 11 Januari 2021.

Sumber: Tribun Jabar via Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *