Suami Pernah Kena Tangkap Sebab Mesej Perempuan Lain, Apabila Isterinya Meninggal, Menitis Air Mata Tengok ‘G00gle Search’ Arwah Isteri

Dalam rumah tangga, suami isteri perlulah saling sayang menyayangi dan menjaga hati pasangan masing-masing demi kesejahteraan dan keharmonian hidup bersama.

Hal ini kerana, jika salah seorang pergi dijemput Ilahi, pastinya kita tidak mahu hidup dibelenggu penyesalan akibat pernah menyakiti hati pasangan.

Itulah yang berlaku pada seorang suami, ketika dia menyakiti hati isterinya sebelum si dia meninggal dunia.

“2 bulan sebelum arwah isteri meninggal, aku pernah kantoi mesej dengan kawan”

Kisah penuh menyayat hati ini dikongsikan oleh Facebook Buzz Kini mengenai penyesalan seorang suami yang terlanjur kata pada isterinya.

Apa yang lebih sakit, 2 bulan sebelum isterinya meninggal dunia, dia telah mengutuk saiz badan isteri dengan mengatakan wanita tersebut gemuk gedempul.

Lebih perit, suami ini membandingkan tubuh arwah isterinya dengan pekerja wanita di tempat kerja.

Tak macam awak, gemuk gedempul. Lepas aku cakap tu, bini aku terus tak ceria

Aku tengok apa dia search, ‘cara2 kurus, cara2 tahan lapar

Penuh sesalan, suami ini akhirnya membuka telefon dan mennagis sebaik saja melihat carian isterinya di g00gle, menunjukkan betapa arwah isteri ingin kurus dan terasa dengan apa yang dikatakannya.

Justeru, sebagai suami atau isteri, sebelum berkata sesuatu pada pasangan, haruslah difikir dulu perasaan mereka, bimbang mereka terguris hati dan akhirnya pergi meninggalkan kita dengan penuh penyesalan.

SUMBER:Buzz Kini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *