Suami Ummi Nazeera, Dr Mohd. Izzar Ajar Bagaimana Nak Pilih Hand Sanitizer Yang Betul Berkesan

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari berkongsi panduan membeli hand sanitizer.

Izzar berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagramnya.

Menurut Izzar, panduan itu diberikan agar pengguna tidak tertipu dengan ‘scammer’ yang semakin menjadi-jadi sejak penularan wabak COVID-19.

“Mencuci tangan dengan air dan sabun adalah LEBIH EFEKTIF daripada menggunakan hand sanitizer kerana hand sanitizer tidak dapat membunuh kuman2 tertentu (Cryptosprodium, norovirus, Clostridium difficile).

“Hand sanitizer tu pun kenalah menggunakan jumlah yang cukup banyaknya dan jangan lap sanitizer tu pula.

“Biar dia kering sendiri di tangan. Baru efektif kalau cara penggunaan betul.

“Sanitizer dengan alcohol concentration 60-95% adalah lebih efektif dalam membasmi kuman daripada sanitizer yang kurang 60% alkohol atau non-alcohol-based sanitizers.

“Sanitizer yang kurang 60% alkohol tu: Tak berkesan untuk banyak kuman. Hanya mengurangkan pertumbuhan kuman dan TIDAK membunuh kuman pun.

HAND SANITIZER PALSU

“Satu lagi, dengan keadaan sekarang ni makin ramai scammer muncul menjual HAND SANITIZER PALSU.

“Sebab itu hand sanitizer/disinfectant yang legit sepatutnya ada nombor notifikasi (NOT) atau nombor pendaftaran (MAL).

“Nombor NOT / MAL ni dikeluarkan oleh NPRA. Saya ada cerita pasal nombor NPRA ni pada post2 lepas.

“Jadi, periksa dahulu nombor NOT / MAL ada ke tak kat produk tu. Nak semak no. NOT / MAL ni pula boleh check kat app NPRA Product Status. No pendaftaran ubat pun boleh check kat situ.

“So, yang nak disampaikan ialah:

“Mencuci tangan dengan sabun dan air lagi bagus. Kalau air + sabun tiada baru guna hand sanitizer.

“Beli hand sanitizer yang alcohol concentration 60% ke atas.

“Beli hand sanitizer yang ada nombor NOT(hand sanitizer) / MAL (disinfectant) dari NPRA SAHAJA!. Check app tu.

“Harap2 korang faham dan tak discam oleh scammers,” tulisnya.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *