Subhanallah, Gambar Pertama Solat Berjemaah Di Luar Stadium Ketika Piala Dunia Qatar

Buat kali pertama dalam sejarah, ratusan peminat bola termasuk pemain dan pegawai yang terlibat dengan penganjuran Piala Dunia telah menunaikan Solat Jumaat di perkarangan Stadium Ahmed bin Ali Stadium dan Stadium Al-Thamma.

Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar merupakan edisi pertama di mana negara tuan rumahnya merupakan negara Islam.

Beberapa foto dan video yang merakam detik-detik berkenaan dikongsikan oleh orang ramai di media sosial pantas mencuri tumpuan dunia dan ramai menyifatkan ia sebagai satu peristiwa bersejarah.

Melalui video yang menjadi tular itu, dapat dilihat umat Islam berkumpul di perkarangan luar stadium sambil menunggu masuknya waktu Solat Jumaat. Jemaah juga memenuhi ruang-ruang padang berdekatan stadium.

Di lokasi berbeza pula, khutbah Jumaat telah disampaikan dalam bahasa Inggeris di hadapan Stadium Ahmed Bin Ali, iaitu lokasi perlawanan antara Iran dan Wales.

Antara isi yang terkandung dalam khutbah Jumaat kali ini adalah seperti menghormati ibu bapa, kebajikan wanita dan memelihara hak pekerja.

“Saya telah datang ke negara Islam untuk menghadiri Solat Jumaat. Ini membuatkan saya sangat gembira semasa berada dalam perlawanan ini,” kata seorang peminat yang berasal daripada Maghribi.

Qatar mencipta sejarah menjadi negara Islam pertama yang diberikan hak untuk menganjurkan temasya teragung dunia bola sepak itu.

Malah, Qatar turut mencuri tumpuan apabila memperkenalkan beberapa peraturan yang dianggap melanggar tradisi Piala Dunia, antaranya mengharamkan penjualan minuman beralkohol di sekitar stadium.

VIDEO:

Sumber : SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *