Hakim Perintah Tertvduh Bela Diri,Rupanya Ini Sebab Bapa Arwh Zulfarhan Sujud Syukur

Hari yang dinanti-nantikan bagi pembelaan arw4h Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain telah tiba.

Menerusi Harian Metro, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah telah memerintah seramai 18 tertuduh untuk membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Menerusi Twitter Madiha bapa kepada arw4h Zulfarhan dilihat membuat sujud syukur sebaik keluar dari pintu mahkamah selepas prosiding awal pagi tadi. Namun begitu, seorang tertuduh, Muhammad Akmal Akif Alias telah dibebas tanpa dipanggil untuk membela diri.

Ibu Zulfarhan, Hawa Osman, ketika diminta mengulas pula berkata doanya dimakbulkan dan berharap pelaku akan mendapat pembalasan sewajarnya.

“Pemergian (Zulfarhan) masih terasa, setiap malam dengar suara. Saya tidak akan melupakan arwah,” katanya

Hakim memerintahkan lima tertuduh Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri untuk membela diri atas pertuduhan membvnuh manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali juga diperintah membela diri atas tuduhan bersubahat.

Pertuduhan terhadap kesemua mereka yang berusia 23 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman m4t1 mandatori, jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro, Madiha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *