Puteri Aishah Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tidak Lama Lagi, Dia Kongsikan Serba Sedikit Tentang Bakal Suaminya Yang Bukan Calang-calang Orangnya

Pelakon Puteri Aishah berkongsikan berita gembira apabila abakal menamatkan zaman bujang bulan ini dengan ahli perniagaan berusia 28 tahun.

Belum bersedia berkongsi lebih lanjut mengenai majlis pernikahannya itu, Puteri Aishah berkata dia akan mendedahkan identiti bakal suaminya pada hari bahagiannya nanti.

“Sepatutnya kami merancang untuk bernikah lebih awal, tapi melihat kepada keadaan semasa kami bersepakat mendirikan rumah tangga pada bulan ini.

“Sekiranya semua dipermudahkan, kami akan teruskan seperti apa yang dirancang. Alhamdulillah segala persiapan menuju hari bahagia berjalan lancar dan sudah siap hampir 80 peratus.

“Saya juga tidak berniat untuk merahsiakan tarikh perkahwinan dan identiti bakal suami. Siapa yang tahu, tahulah. Tapi selebihnya, semua saya akan kongsikan pada hari terbabit nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Aishah berkata dia sudah mengenali bakal suaminya lebih dua tahun lalu dan jejaka itu memahami kerjayanya sebagai pelakon.

“Saya sangat bersyukur kerana bakal suami menyokong karier seni saya selepas ini. Malah, kami berdua memang kuat bekerja dan tiada masalah mengenai perkara itu.

“Kami faham mengenai kerjaya masing-masing. Dia juga tidak pernah melarang minat saya terhadap dunia lakonan, sebaliknya memberi galakan terhadap apa yang saya lakukan.

“Doakan semoga majlis pernikahan nanti akan berjalan lancar. Apa yang dapat saya kongsi lagi, majlis akan diadakan secara sederhana dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

SUMBER: HARIAN METRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *