Lelaki Asal Dari Kelantan Cuba Nasib Ujibakat Hero Remaja. Tarian Dia Buat Ramai Terpegun Sebentar

Sebelum ini selesai pencarian Dewi Remaja dan kali ini giliran Hero Remaja pula untuk mencari siapakan yang akan menjadi juara.

Ujibakat pencarian Hero Remaja dijalankan pada tarikh 21 dan 22hb Disember 2019. Ramai yang hadir untuk sesi ujibakat tersebut. Pencarian Hero Remaja bukanlah mudah. Mereka perlu mempamirkan bakat yang unik selain mempunyai pakej wajah yang menarik.

Program yang telah melahirkan bintang-bintang ternama seperti Azhar Sulaiman, Badrul Muhayat, Esma Daniel, Norman Hakim, Eizlan Yusof, Kamal Adli, Fizo Omar dan Fattah Amin ini sudah semestinya menjadi idaman para jejaka muda untuk mula mengukir nama di persada seni.

TARIAN ULAR DIPERSEMBAHKAN DI UJIBAKAT HERO REMAJA

Mohamed Imran Che Ibrahim adalah salah seorang peserta ujibakat Hero Remaja dan beliau berasal dari negeri Kelantan.

Apa yang beliau lakukan memang mencuri tumpuan pihak juri dan mendapat pelbagai komen netizen. Dengan keunikkan tarian ular memang betul betul lain dari yang lain.

Pernah mengambil kelas lakonan bersama Isma Yusof, Imran hadir dengan satu matlamat iaitu ingin menjadikan Hero Remaja sebagai platform untuk dirinya menempatkan diri dalam bidang seni.

Ramai netizen yang terhibur melihat gelagat Imran melakukan aksi luar biasanya itu. Ada juga yang ‘terpesona’ bila melihat aksi jejaka ini menunjukkan bakat terpendamnya.

Mesti suka tengok cite Naagin ni – Netizen

Sangkaan netizen itu ternyata benar apabila dia menonton drama Bollywood, drama Naagin yang berkisar tentang perjalanan hidup seorang puteri ular itu merupakan rujukan utamanya untuk melakukan seni tarian dari drama itu.

“Al-kisahnya keluarga saya memang minat menonton drama Naagin dan satu hari tu, saya terlihat mereka semua terlalu khusyuk menonton. Dari situ, saya tertanya-tanya apa yang menarik tentang drama tersebut, dan kemudian saya pun tergerak hati untuk belajar menari ular. Nak tunjukkan kepada mereka yang saya boleh melakukan kelainan”

Video persembahan Imran menjadi viral di Facebook apabila mendapat lebih kurang 2.3 ribu komen dan 1.7 shares di Facebook. Ada yang memberi komen positif dan tak kurang juga mereka yang memberikan komen negatif.

Biarpun bermacam-macam reaksi diberikan oleh warganet, remaja berusia 18 tahun ini kekal optimis dan menjadikan segala kata netizen itu sebagai pemangkin semangat buat dirinya.

Sumber Rujukan: Lobak Merah / REMAJA

Artikel Diolah : Kisah People Nowdays

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *